October 23, 2018

Be_Youth_ful with shaklee

Be_youth_ful seiring dengan rangkaian produk penjagaan wajah terbaru oleh shaklee iaitu Youth. 

Skin care Youth Shaklee ni baru je di lancarkan pada February 2018. Memang baru lagi ler kat Malaysia ni. 

Yang paling best, Shaklee cipta Youth ni sesuai untuk semua jenis kulit tau. 

Dan yang paling syok, Shaklee janjikan penggunaan yang berterusan, "can make you feel 10 years younger". Hebat kan? Hihi. 


  1. Luminous Gel Oil Cleanser. 
    Pencuci muka tanpa buih
  2. Perfecting Skin Toner.  
    Fungsi untuk membersih juga. 
  3.    Activating Serum. 
    Paling power untuk lindungi kulit.
  4. Age Defense Moisturizer SPF50. 
    Spf 50 sesuai untuk kulit orang asia serta sesuai dengan cuaca kita (Malaysia).
  5. Radiance C+E. 
    Kapsul emas. 😊
  6. Advanced Renewal Night Cream - Light. 
    Kulit rasa lembut masa apply
  7. Advanced Renewal Night Cream - Rich. 
Dan yang terbaru, baru je launch awal bulan Oktober, iaitu Restoring Eye Treatment. 

Sejuk je mata masa apply eye treatment ni.


Subhanallah, memang best semua skin care youth ni. 

Setiap kali apply semua items skin care Youth tu, korang akan rasa betapa lembut dan gebunya kulit muka korang. Seriously. 

Bukan 1 je, semua tau. Start dari cleanser sampailah ke night cream. Biasanya produk lain, adakalanya time pakai contohnya cleanser je rasa lembut dan gebu kulit, bila part toner dan lain lain tu dah tak rasa. 

Tapi, magiknya. Berbeza betul dengan Youth Skin care dari Shaklee ni.

Yang paling penting ianya bebas daripada 1500 jenis bahan terlarang tau. 

100% vegan, Youth skin care adalah berasaskan tumbuhan. 

Korang wajib try. Sekali try terus jatuh chentaaaa beb. Hihihi. 

Percayaaaaalah. 

Okey, korang. Sekiranya berminat, boleh la wasap mama nurins untuk fast response ye.  

http://syidahnur.wasap.my

Okey, jumpa lagi di next  entry. 

Salam Sayang
Syahidah a.k.a. mama nurins ☺️

September 28, 2018

Kenapa Shaklee?


Saya kenal shaklee pada tahun 2012. Masa tu tengah cari suplemen yang terbaik untuk diri sendiri. Sebelum tu pernah try macam-macam suplemen tapi macam kurang ngam la ngan diri ni.


Masa tu macam-macam produk cari untuk kurus. Bese la badan moks-moks ni, sistem pembuangan macam ade problem. Membuang 2 kali sehari, kadang ade sampai 3 hari tak membuang tau. Korang bayangkan la macam mana usus ku time tu. Bile banyak hari tak membuang, maknanya something wrong la ngan usus tu kan?

Dulu pernah try teh herba ****g ******g. Fuh memang lawas gile beb. Bangun pagi terus kedebush, xleh tahan-tahan. hahaha. Sampai bile nak macam tu? Kene telan teh tu dulu baru nak membuang. Kire bergantung pada teh tu la kan. Bile tak telan teh, tak membuang. Lepas stop amik produk tu pilih produk lain pulak.

Pernah try 2 3 lagi produk. Produk yang Dr orang kedah tu pun pernah. Mahal nak mamp, tapi hang beli jugak nah. Haha. Padan muka. Sempat la minum 2 kotak tapi tak habis. Herbalife pun pernah tapi separuh jalan. Sempat la merasa kurus tu. Hihihi. Tapi sistem pencernaan pun still sama. Amik produk baru membuang. So, stop semua.

Pada suatu petang yang hening. Ku scroll blog dan facebook, duk kusyuk scroll ternampak la testimoni produk Shaklee. Ha, mase tu la macam tertarik ngan produk Shaklee ni. Mase tu duk baca-baca je dulu. Malam tu macam duk teringat-ingat kat brand shaklee ni.

Baca lagi pasal produk yang di aim dan kepentingan produk tu. Masa tu duk usha produk Herblax ngan Alfalfa. Bila baca pasal 2 produk ni, macam kena dengan permasalahan daku ni.

So, tanpa mmembuang masa, ku PM SID tersebut, ku cakap nak order 2 produk ni. Nak try. Masa tu beli ngan SID duk kedah.

Lepas tu scroll lagi nak cari orang terdekat, spesifiknya yang duk Terengganu. Senang la nak jumpe ke ape kan. Nak cod ke. Tapi sekarang SID kat mana-mana pun tadehal. Hihi. Semua di hujung jari.

So, bile dah dapat produk tu, makan sebulan perut macam dah okey. Membuang lawas, kire macam bile usus sihat, hari-hari pun membuang. Tak makan produk pun, boleh membuang.

Lepas tu, decide nak join ahli. Ye la, join ahli dapat la beli harga ahli. Nak repeat order bile-bile boleh beli harga ahli terus. Senang.

Bile dah join ahli tu, terasa nak tau pasal bisnes Shaklee pulak. Dapat starter kit tu, baca buku-buku tu tapi tak semua baca. Haha. Baca dalam blog banyak pasal bisnes shaklee ni.

Bile baca macam best, terus la buat bisnes. Collect order macam syok pulak. Siap ade nak jadi downline. Ye la produk trusted. Ramai orang percaya. Ku sendiri rasai keberkesanannya, bukannya cerita rekaan kan. So, orang pun tertarik ler.

Masa tu femes gile kut Shaklee. Sampai sekarang pun femes lagi. Ramai yang mencanak-canak sales. Ramai yang naik rank. Ku pun sekarang berusaha nak kembangkan group ku. Ade yang nak join daku ke? Meh ler. Hehe

Dengan tagline Shaklee, Selamat, Terbukti dan Berkesan tu yang menarik daku nak join shaklee dan jadi keluarga shaklee. Daku berada di bawah group Master Ira yang gah. Iaitu Legasi Anugerah Terindah. Yang terdapat 4 orang Masters lain dalam group tu. Dan daku juga seorang bakal master satu hari nanti. Amiinnn.



Selain tu jugak, daku tertarik dengan Keistimewaan Shaklee yang mana Shaklee utamakan masa hadapan yang lebih baik iaitu :

  • Shaklee utamakan kesihatan
  • Shaklee utamakan kehidupan harmoni bersama alam semulajadi
  • Shaklee melakukan perkara yang benar
  • Shaklee utamakan dunia yang lebih baik. 
Tu sebab daku percaya dan yakin dengan produk shaklee. Dan bertahan sampai hari ni dengaan Shaklee. 

Nanti daku cerita lagi pasal shaklee nah. Next entry pulak. Hihi

Salam Sayang,
Syahidah