February 13, 2017

Welcome back!

Hai semua. 

Lama tak bersiaran kat sini. Welcome back Syahidah! 😊😂😃

Alhamdulillah, masih sihat dan masih lagi kekal dengan bisnes Shaklee. 


Masih belum terlambat kan nak ucap selamat tahun baru 2017. Hehe


Semoga tahun ni memberi lebih banyak kenangan manis, kebahagian dan rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah. Aamiinnnn...


Salam Sayang.
Syahidah

August 05, 2016

Bagaimana Kalsium Bantu Untuk Tumbesaran Kanak-kanak

Assalamualaikum

Ha, hari ni nak cite pasal kalsium untuk kanak-kanak. Biasanya cerita pasal kalsium untuk orang dewasa je kan.

Kanak-kanak pun perlukan kalsium untuk tumbesaran mereka. Ye la. Tulang-tulang mereka terbentuk dari dalam kandungan ibu lagi. Sebab itu ibu hamil perlu amalkan kalsium secukupnya untuk diri ibu dan juga anak dalam kandungan.



Kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, untuk pembinaan sel-sel, dan perjalanan sistem tubuh manusia. Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium. Kanak-kanak memerlukan sumber kalsium yang cukup untuk membesar dengan sihat dan baik. (Sumber: Majalah Pa&Ma)

Jadual di atas menunjukkan saranan jumlah kalsium yang diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak kecil.

Kita semua tahu yang kalsium penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Seseorang manusia semestinya melalui proses yang berperingkat untuk membesar. Ye la kan, bermula dari dalam rahim ibu, membesar menjadi bayi yang sihat, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan proses berterusan sehingga manusia tua. 

Jadi, keperluan kalsium diperlukan bagi setiap peringkat peningkatan usia seseorang. Begitu juga dengan kanak-kanak. Saranan jumlah kalsium diperlukan bagi membantu kanak-kanak membesar dengan sempurna. Tumbesaran tulang yang sihat dapat membantu kanak-kanak melalui proses kehidupan mereka dengan lebih baik. 

Tahukah anda? 

kalsium dan Vitamin D saling berkait rapat. Menurut pakar pemakanan, kedua-dua nutrisi iaitu kalsium dan Vitamin D ini saling berhubung kait kerana kewujudan Vitamin D akan membantu kalsium menyerap dengan lebih baik dalam pembinaan tulang manusia dan mengekalkan paras kalsium dalam darah. Bahasa mudahnya untuk kita lebih faham, Vitamin D ini umpama pengarah manakala kalsium pula adalah pelakonnya.  (Sumber: Majalah Pa&Ma)




Sumber Vitamin D:

  • Sinaran Matahari. Vitamin D boleh dihasilkan dalam tubuh secara semulajadi dengan bantuan sinaran matahari.
  • Sumber makanan atau minuman. Susu / mentega / keju / bijirin yang ditambah Vitamin D.


Sumber kalsium: 
  • Susu
  • Hasil tenusu seperti keju dan yogurt
  • Tofu, sesetengah kacang seperti badam
  • Sayuran seperti brokoli.
  • Makanan yang diperkaya dengan kalsium seperti bijirin atau roti. 
Kita sebagai ibu/bapa perlulah memainkan peranan penting dalam menyediakan dan memberikan makanan berkhasiat untuk tumbesaran anak-anak kita yang baik, sihat dan sempurna.

Perlu ke supplement kalsium untuk kanak-kanak? 

Bagi saya perlu sekiranya anak kita tidak mendapat cukup kalsium dari sumber makanan yang mereka makan. Contohnya anak kita kurang minum susu, kurang makan sayur dan sebagainya, ibu bapa haruslah cari alternatif lain dalam membantu anak kita untuk dapatkan cukup kalsium dalam membantu tumbesaran mereka.

Supplement yang shaklee cadangkan adalah set kanak-kanak untuk membantu melengkapkan nutrisi anak-anak yang badan mereka perlukan. Dalam set yang dicadangkan tu tak ada vitalea untuk kanak-kanak.

Untuk dapatkan sumber kalsium tambahan selain daripada makanan, shaklee telah hasilkan Vitalea khas untuk kanak-kanak. Vitalea kanak-kanak yang telah dipertingkatkan formula.


Kebaikan Vitalea Chewable kanak-kanak  

  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi 
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit 
  • Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul 
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan 
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
  • Rasa yang sedap dan memang digemari kank-kanak
  • Anak-anak yang berumur 2 ke 3 tahun yang pandai mengunyah boleh juga ambil tetapi atas pengawasan ibu bapa. 
  • Mengandungi pemanis semulajadi dengan Xylitol untuk melindungi gigi dari kaviti
  • Pembungkusan BPA Free. 

Ciri-ciri anak yang memang memerlukan Vitalea Chewable


  • Anak yang kurang selera makan 
  • Anak yang suka makan junk food
  • Selalu dan mudah dapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Tingkatkan sistem imuniti badan 
  • Ibu bapa yang gagal menyediakan makanan seimbang berkhasiat kepada anak kerana kesibukan bekerja.
  • Anak yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap tablet) 
  • Anak yang tak suka makan sayur (mengandungi vitamin k bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka) 
(Sumber: superbvitamin.blogspot.my)

Harap segala info ni bermanfaat untuk anda semua. 😊😊😊

Salam sayang:

Syahidah Razali
0199877468