October 23, 2018

Be_Youth_ful with shaklee

Be_youth_ful seiring dengan rangkaian produk penjagaan wajah terbaru oleh shaklee iaitu Youth. 

Skin care Youth Shaklee ni baru je di lancarkan pada February 2018. Memang baru lagi ler kat Malaysia ni. 

Yang paling best, Shaklee cipta Youth ni sesuai untuk semua jenis kulit tau. 

Dan yang paling syok, Shaklee janjikan penggunaan yang berterusan, "can make you feel 10 years younger". Hebat kan? Hihi. 


  1. Luminous Gel Oil Cleanser. 
    Pencuci muka tanpa buih
  2. Perfecting Skin Toner.  
    Fungsi untuk membersih juga. 
  3.    Activating Serum. 
    Paling power untuk lindungi kulit.
  4. Age Defense Moisturizer SPF50. 
    Spf 50 sesuai untuk kulit orang asia serta sesuai dengan cuaca kita (Malaysia).
  5. Radiance C+E. 
    Kapsul emas. 😊
  6. Advanced Renewal Night Cream - Light. 
    Kulit rasa lembut masa apply
  7. Advanced Renewal Night Cream - Rich. 
Dan yang terbaru, baru je launch awal bulan Oktober, iaitu Restoring Eye Treatment. 

Sejuk je mata masa apply eye treatment ni.


Subhanallah, memang best semua skin care youth ni. 

Setiap kali apply semua items skin care Youth tu, korang akan rasa betapa lembut dan gebunya kulit muka korang. Seriously. 

Bukan 1 je, semua tau. Start dari cleanser sampailah ke night cream. Biasanya produk lain, adakalanya time pakai contohnya cleanser je rasa lembut dan gebu kulit, bila part toner dan lain lain tu dah tak rasa. 

Tapi, magiknya. Berbeza betul dengan Youth Skin care dari Shaklee ni.

Yang paling penting ianya bebas daripada 1500 jenis bahan terlarang tau. 

100% vegan, Youth skin care adalah berasaskan tumbuhan. 

Korang wajib try. Sekali try terus jatuh chentaaaa beb. Hihihi. 

Percayaaaaalah. 

Okey, korang. Sekiranya berminat, boleh la wasap mama nurins untuk fast response ye.  

http://syidahnur.wasap.my

Okey, jumpa lagi di next  entry. 

Salam Sayang
Syahidah a.k.a. mama nurins ☺️

September 28, 2018

Kenapa Shaklee?


Saya kenal shaklee pada tahun 2012. Masa tu tengah cari suplemen yang terbaik untuk diri sendiri. Sebelum tu pernah try macam-macam suplemen tapi macam kurang ngam la ngan diri ni.


Masa tu macam-macam produk cari untuk kurus. Bese la badan moks-moks ni, sistem pembuangan macam ade problem. Membuang 2 kali sehari, kadang ade sampai 3 hari tak membuang tau. Korang bayangkan la macam mana usus ku time tu. Bile banyak hari tak membuang, maknanya something wrong la ngan usus tu kan?

Dulu pernah try teh herba ****g ******g. Fuh memang lawas gile beb. Bangun pagi terus kedebush, xleh tahan-tahan. hahaha. Sampai bile nak macam tu? Kene telan teh tu dulu baru nak membuang. Kire bergantung pada teh tu la kan. Bile tak telan teh, tak membuang. Lepas stop amik produk tu pilih produk lain pulak.

Pernah try 2 3 lagi produk. Produk yang Dr orang kedah tu pun pernah. Mahal nak mamp, tapi hang beli jugak nah. Haha. Padan muka. Sempat la minum 2 kotak tapi tak habis. Herbalife pun pernah tapi separuh jalan. Sempat la merasa kurus tu. Hihihi. Tapi sistem pencernaan pun still sama. Amik produk baru membuang. So, stop semua.

Pada suatu petang yang hening. Ku scroll blog dan facebook, duk kusyuk scroll ternampak la testimoni produk Shaklee. Ha, mase tu la macam tertarik ngan produk Shaklee ni. Mase tu duk baca-baca je dulu. Malam tu macam duk teringat-ingat kat brand shaklee ni.

Baca lagi pasal produk yang di aim dan kepentingan produk tu. Masa tu duk usha produk Herblax ngan Alfalfa. Bila baca pasal 2 produk ni, macam kena dengan permasalahan daku ni.

So, tanpa mmembuang masa, ku PM SID tersebut, ku cakap nak order 2 produk ni. Nak try. Masa tu beli ngan SID duk kedah.

Lepas tu scroll lagi nak cari orang terdekat, spesifiknya yang duk Terengganu. Senang la nak jumpe ke ape kan. Nak cod ke. Tapi sekarang SID kat mana-mana pun tadehal. Hihi. Semua di hujung jari.

So, bile dah dapat produk tu, makan sebulan perut macam dah okey. Membuang lawas, kire macam bile usus sihat, hari-hari pun membuang. Tak makan produk pun, boleh membuang.

Lepas tu, decide nak join ahli. Ye la, join ahli dapat la beli harga ahli. Nak repeat order bile-bile boleh beli harga ahli terus. Senang.

Bile dah join ahli tu, terasa nak tau pasal bisnes Shaklee pulak. Dapat starter kit tu, baca buku-buku tu tapi tak semua baca. Haha. Baca dalam blog banyak pasal bisnes shaklee ni.

Bile baca macam best, terus la buat bisnes. Collect order macam syok pulak. Siap ade nak jadi downline. Ye la produk trusted. Ramai orang percaya. Ku sendiri rasai keberkesanannya, bukannya cerita rekaan kan. So, orang pun tertarik ler.

Masa tu femes gile kut Shaklee. Sampai sekarang pun femes lagi. Ramai yang mencanak-canak sales. Ramai yang naik rank. Ku pun sekarang berusaha nak kembangkan group ku. Ade yang nak join daku ke? Meh ler. Hehe

Dengan tagline Shaklee, Selamat, Terbukti dan Berkesan tu yang menarik daku nak join shaklee dan jadi keluarga shaklee. Daku berada di bawah group Master Ira yang gah. Iaitu Legasi Anugerah Terindah. Yang terdapat 4 orang Masters lain dalam group tu. Dan daku juga seorang bakal master satu hari nanti. Amiinnn.



Selain tu jugak, daku tertarik dengan Keistimewaan Shaklee yang mana Shaklee utamakan masa hadapan yang lebih baik iaitu :

  • Shaklee utamakan kesihatan
  • Shaklee utamakan kehidupan harmoni bersama alam semulajadi
  • Shaklee melakukan perkara yang benar
  • Shaklee utamakan dunia yang lebih baik. 
Tu sebab daku percaya dan yakin dengan produk shaklee. Dan bertahan sampai hari ni dengaan Shaklee. 

Nanti daku cerita lagi pasal shaklee nah. Next entry pulak. Hihi

Salam Sayang,
Syahidah

End of September

Assalamualaikum.

Lamenyeeeeee bersawang blog ku yinnieeyyyy.

Haih lamenye tak menulis kat sini. rindu le pulekkk. hihi

Ade lagi ke pembaca blog yang setiaa? hihi


May the glowing September will be the turning point of my life.

I choose the right path. I make a right decision. InsyaAllah I become a better person.

Thanks for all my mentors keep inspiring me, keep helping me and keep hold me tight whenever i'm going to fall. keep me up and keep me motivated.  


lots of love,
syahidah



December 04, 2017

Hello December

Lamenyeeeee bersawang blog ni.  Hihi

Dah bulan 12.2017 dah.  Ayoyoyo. 


Semoga bulan 12 ni bagi lebih kecemerlangan untuk saya.  


Semoga bulan 12 ni jugak menjadi tarikh keramat buat saya dalam bisnes shaklee. 

Nur Syahidah Razali dah efektif supervisor dengan 2500GUV pada bulan ni.  Amiinnn. 

Kawan kawan tolong doakan sama ye.  Terima kasih. 







February 13, 2017

Welcome back!

Hai semua. 

Lama tak bersiaran kat sini. Welcome back Syahidah! 😊😂😃

Alhamdulillah, masih sihat dan masih lagi kekal dengan bisnes Shaklee. 


Masih belum terlambat kan nak ucap selamat tahun baru 2017. Hehe


Semoga tahun ni memberi lebih banyak kenangan manis, kebahagian dan rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah. Aamiinnnn...


Salam Sayang.
Syahidah

August 05, 2016

Bagaimana Kalsium Bantu Untuk Tumbesaran Kanak-kanak

Assalamualaikum

Ha, hari ni nak cite pasal kalsium untuk kanak-kanak. Biasanya cerita pasal kalsium untuk orang dewasa je kan.

Kanak-kanak pun perlukan kalsium untuk tumbesaran mereka. Ye la. Tulang-tulang mereka terbentuk dari dalam kandungan ibu lagi. Sebab itu ibu hamil perlu amalkan kalsium secukupnya untuk diri ibu dan juga anak dalam kandungan.



Kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, untuk pembinaan sel-sel, dan perjalanan sistem tubuh manusia. Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium. Kanak-kanak memerlukan sumber kalsium yang cukup untuk membesar dengan sihat dan baik. (Sumber: Majalah Pa&Ma)

Jadual di atas menunjukkan saranan jumlah kalsium yang diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak kecil.

Kita semua tahu yang kalsium penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Seseorang manusia semestinya melalui proses yang berperingkat untuk membesar. Ye la kan, bermula dari dalam rahim ibu, membesar menjadi bayi yang sihat, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan proses berterusan sehingga manusia tua. 

Jadi, keperluan kalsium diperlukan bagi setiap peringkat peningkatan usia seseorang. Begitu juga dengan kanak-kanak. Saranan jumlah kalsium diperlukan bagi membantu kanak-kanak membesar dengan sempurna. Tumbesaran tulang yang sihat dapat membantu kanak-kanak melalui proses kehidupan mereka dengan lebih baik. 

Tahukah anda? 

kalsium dan Vitamin D saling berkait rapat. Menurut pakar pemakanan, kedua-dua nutrisi iaitu kalsium dan Vitamin D ini saling berhubung kait kerana kewujudan Vitamin D akan membantu kalsium menyerap dengan lebih baik dalam pembinaan tulang manusia dan mengekalkan paras kalsium dalam darah. Bahasa mudahnya untuk kita lebih faham, Vitamin D ini umpama pengarah manakala kalsium pula adalah pelakonnya.  (Sumber: Majalah Pa&Ma)




Sumber Vitamin D:

  • Sinaran Matahari. Vitamin D boleh dihasilkan dalam tubuh secara semulajadi dengan bantuan sinaran matahari.
  • Sumber makanan atau minuman. Susu / mentega / keju / bijirin yang ditambah Vitamin D.


Sumber kalsium: 
  • Susu
  • Hasil tenusu seperti keju dan yogurt
  • Tofu, sesetengah kacang seperti badam
  • Sayuran seperti brokoli.
  • Makanan yang diperkaya dengan kalsium seperti bijirin atau roti. 
Kita sebagai ibu/bapa perlulah memainkan peranan penting dalam menyediakan dan memberikan makanan berkhasiat untuk tumbesaran anak-anak kita yang baik, sihat dan sempurna.

Perlu ke supplement kalsium untuk kanak-kanak? 

Bagi saya perlu sekiranya anak kita tidak mendapat cukup kalsium dari sumber makanan yang mereka makan. Contohnya anak kita kurang minum susu, kurang makan sayur dan sebagainya, ibu bapa haruslah cari alternatif lain dalam membantu anak kita untuk dapatkan cukup kalsium dalam membantu tumbesaran mereka.

Supplement yang shaklee cadangkan adalah set kanak-kanak untuk membantu melengkapkan nutrisi anak-anak yang badan mereka perlukan. Dalam set yang dicadangkan tu tak ada vitalea untuk kanak-kanak.

Untuk dapatkan sumber kalsium tambahan selain daripada makanan, shaklee telah hasilkan Vitalea khas untuk kanak-kanak. Vitalea kanak-kanak yang telah dipertingkatkan formula.


Kebaikan Vitalea Chewable kanak-kanak  

  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi 
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit 
  • Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul 
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan 
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
  • Rasa yang sedap dan memang digemari kank-kanak
  • Anak-anak yang berumur 2 ke 3 tahun yang pandai mengunyah boleh juga ambil tetapi atas pengawasan ibu bapa. 
  • Mengandungi pemanis semulajadi dengan Xylitol untuk melindungi gigi dari kaviti
  • Pembungkusan BPA Free. 

Ciri-ciri anak yang memang memerlukan Vitalea Chewable


  • Anak yang kurang selera makan 
  • Anak yang suka makan junk food
  • Selalu dan mudah dapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Tingkatkan sistem imuniti badan 
  • Ibu bapa yang gagal menyediakan makanan seimbang berkhasiat kepada anak kerana kesibukan bekerja.
  • Anak yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap tablet) 
  • Anak yang tak suka makan sayur (mengandungi vitamin k bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka) 
(Sumber: superbvitamin.blogspot.my)

Harap segala info ni bermanfaat untuk anda semua. 😊😊😊

Salam sayang:

Syahidah Razali
0199877468



July 27, 2016

Bagaimana shaklee bantu ibu hamil




Kehamilan adalah satu proses yang anda terutamanya wanita akan alami. Di mana ianya juga adalah satu masa dalam hidup anda akan memberi kesan secara langsung kepada orang lain iaitu bayi anda dalam kandungan.

Vitamin Shaklee dan ibu hamil ni memang tak dapat dipisahkan kan?. Eh iye ke??


Iye laa.. hihi. Bagi saya kan, memang vitamin-vitamin shaklee sangat membantu saya ketika hamil. 



Seperti kita tahu kan, semasa hamil ibu perlu lebih banyak nutrisi untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Ye la, nutrisi penting untuk perkembangan janin, untuk pembentukkan tulang yang sihat dan kuat, serta untuk perkembangan otak, dan lain-lain. Semuanya ibu perlukan nutrisi yang baik.


Bagi diri ibu tu sendiri jugak, ibu perlukan nutrisi yang baik untuk diri sendiri, untuk kekal sihat. Ye la nak bawak baby dalam perut kan, kena la sentiasa sihat dan bertenaga. Untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Kadang, ibu xde selera makan, mana nak dapat khasiat dari makanan kan. Ha, sebab tu vitamin bantu untuk bagi ibu segala nutrisi yang ibu dan bayi dalam kandungan perlukan.

Selain itu jugak, keadaan setiap ibu semasa hamil ni berbeza. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza dan keadaan yang berbeza. Ade yang morning sickness sampai ke trimester ke 3, ade yang x boleh minum susu, ade yang xboleh bau ape2 makanan. Macam2 kan.



Oleh itu, kita mesti lah memastikan nutrien-nutrien dalam badan kita cukup dan juga mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memastikan badan kita mendapat nutrien yang cukup supaya bayi kita pun turut sihat.

Jadi, disini lah peranan makanan tambahan a.k.a supplement. Dan saya sememangnya syorkan vitamin shaklee untuk ibu-ibu hamil. Vitamin shaklee yang memang diiktiraf dan diyakini selamat, mesra alam dan berkesan.



Tahukah anda, ibu hamil memerlukan nutrien-nutrien yang penting untuk memastikan kehamilan yang sihat. Tambahan kalori sebanyak 360 sehari diperlukan. Ianya termasuklah.


  • Protin yang berkualiti tinggi lebih kurang sebanyak 62.6gram sehari.
  • Zat besi sebanyak 29mg sehari
  • Asid folik 600mcg sehari
  • Kalsium sebanyak 1000mg sehari
  • Omega 3 sebanyak 300mg sehari

Untuk mereka yang nak menjaga kesihatan semasa kehamilan ini, saya cadangkan vitamin-vitamin shaklee ini. 



  1. ESP

~ ESP adalah soya daripada sumber non-gmo iaitu soya yang tak diubah secara genetik dan juga merupakan rendah glisemik indeks. 
~ Rendah glisemik indeks ni ialah ia akan melepaskan gula ke dalam daeah kita secara perlahan-lahan.
~ Setiap sajian yang diambil iaitu 3 sudu akan memberikan kita sebanyak 14gram protin yang lengkap dengan 9 jenis asid amino yang diperlukan.
~ ESP ni adalah tanpa laktosa dan juga tanpa kolesterol secara semulajadi. 
~ Fungsi nya adalah untuk mengawal paras gula darah yang sihat. Ianya sangat sesuai untuk ibu hamil yang suka makan makanan yang manis. 
~ Gantikan sarapan dan makan malam anda sekiranya lapar dengan ESP. Ianya memberikan rasa kenyang tetapi rendah glisemik indeks dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis. 
~ Selain itu juga, ramai wanita yang hamil mempunyai masalah ketidakstabilan hormon yang mana akan meningkatkan tahap kolesterol LDL dalam darah mereka. 
~ Dengan pengambilan ESP selama 12 minggu, kajian menunjukkan ia dapat mengawal paras LDL kolesterol yang sihat. 
~ Pengambilan ESP juga dapat memastikan pertumbuhan bayi anda yang sihat, manakala selepas bersalin, ia sangat penting dalam penghasilan susu ibu. Kerana susu ibu ini mengandungi antibodi dan antibodi ini ia perlukan protin serta perlukan asid amino. 
~ Dengan 9 jenis amino asid, ia boleh mnegekalkan kesihatan otot kita, supaya kulit kita sihat, akan mengurangkan keguguran rambut dan bantu kuatkan kuki kita. Selain itu ianya bantu untuk cantikkan kulit kita dan juga bayi kita.

    2. Vitalea Iron Formula.





♡ Adalah multivitamin dalam shaklee
♡ Dengan setiap sajian iaitu 2 biji setiap hari ia akan membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral.
♡ Yang penting sekali, ia mengandungi 18mg zat besi setiap sajian untuk membantu mengurangkan masalah anemia. 
♡ Dengan teknologi salutan mikro-asid folik berpaten, ia akan larut dalam badan kita dengan cepat. 
♡ Vitalea dapat bantu meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, dapat menjaga kesihatan tulang kita, sistem imun kita dan juga untuk melindungi sel-sel kita daripada serangan radikal bebas. 
♡ Zat besi dalam Vitalea ini sangat-sangat penting sebab ia adalah komponen penting hemoglobin.
♡ Dengan zat besi yang cukup, paras hemoglobin yang sihat, bantu ibu hamil kurangkan risiko kelahiran bayi pra matang.

   3. B-complex



■ B-complex shaklee kaya dengan semua jenis Vitamin B dan terutamanya Asid Folik juga termasuk dalam B-Complex ini. 
■ Ianya diformulasi dengan sistem penyerapan Bioaktif Berpaten untuk meningkatkan penyerapan dalam badan kita.
■ Setiap sajian B-Complex dapat membekalkan 200mg asid folik. 
■ Dengan pengambilan B-Complexs Shaklee, i dapat memberikan tenaga yang cukuo kepada ibu hamil dan seterusnya ia dapat mengurangkan masalah kemurungan.
■ Selain itu, ia juga bantu mengelakkan masalah anemia. Kerana vitamin B-12 dalam B-Complex ni sangat penting dalam penghasilan sel darah merah.
■ Dengan pengambilan Asid Folik yang cukup sebelum kehamilan ia dapat bantu mencegah masalah kecacatan tiub neural bayi. [Tiub neural adalah untuk pembentukkan sistem saraf dalam badan bayi kita dimana, ianya akan membantu untuk membentuk tulang belakang dan otak bayi.

   4.Ostematrix


¤ Ia membekalkan 1000mg kalsium yang mudah diserap oleh badan. 
¤ Ia juga diperkaya dengan nutrien-nutrien yang lain seperti Vitamin D. Yang mana Vitamin D ni dapat bantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam.badan. 
¤ Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke tulang kita.
¤ Zink, Kuprum, Mangan adalah untuk membantu aktifkan enzim-enzim yang terlibat dalam penghasilan sel tulang. Manakal Boron, untuk membantu metabolisma sel tulang kita.
¤ Dengan semua nutrien-nutrien ni, tulang kita semakin kiat dan juga tulang bayi semakin kuat dan sihat.
¤ Ibu hamil perlukan Ostematrix ni kerana:
  • Sekiranya pengambilan kalsium kita cukup sama ada dari pemakanan / dari supplement, ianya dapat diserap oleh badan kita dengan sebaiknya. Ini bermakna, badan kita tak akan dapatkan kalsium dari tulang kita.
  • Tulang ibu hamil juga akan menjadi kuat dan tak rapuh walaupun selepas bersalin.
  • Susu ibu juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi juga penting untuk pembesaran bayi kita.
  • Ostematrix juga bantu ibu hamil mengelakkan masalah kekejangan kaki serta masalah sembelit.
    5. Omega Guard


☆ Ianya kaya dengan Omega-3 iaitu EPA & DHA
☆ Omega Guard shaklee juga melalui proses penyulingan molekul berperingkat 
☆ Omega-3 sangat penting untuk perkembangan otak dan pernglihatan awal bayi. 
☆ Kenapa ibu hamil memerlukan omega guard:
  • Ianya dapat mengurangkan risiko kelahiran pra matang.
  • Ianya dapat mengurangkan risiko masalah tekanan darah tinggi semasa hamil.
☆ Di pasaran, terdapat banyak jenis minyak ikan yang dijual. Kita sebagai ibu, perlulah bijak membuat pilihan untuk membeli minyak ikan terbaik untuk ibu dan bayi dalamnm kandungan. 
☆ Untuk pengetahuan ibu-ibu hamil, omega guard shaklee telah melalui proses penyulingan molekul berperingkat di mana, ia telas menapis logam-logam berat seperti merkuri, plumbum dan bahan-bahan pencemaran yang lain yang mana membahayakan serta merosakan sel-sel otak bayi kita. 
☆ Proses ini menolong mencegah atau memgurangkan trans-lemak iaitu lemak yang tidak sihat di mana akan meningkatkan kolesterol yang jahat dalam badam kita.
☆ Omega guard juga kurangkan rasa dan bau ikan. 

   6. Sustained Release Vitamin C.


》Ibu hamil juga perlukan Vitamin C dan dengan setiap tablet Vitamin C, kita akan dapat sebanyak 500mg Vitamim C dengan sistem penyerapan yang berterusan. Yang mana setiap jam kita akan dapat 100mg vitamin c setiap 5 jam. 
》Ditambah pula dengan 120mg bioflavonoids untuk meningkatkan fungsi vitamin c tersebut dan untuk mencegah vitamin c daripada oksidasi.
》Kenapa vitamin c penting untuk ibu hamil?
  • Ia menolong menentang jangkitan penyakit serta kuman.
  • Ianya menguatkan sistem imun ibu hamil.
  • Ianya juga bantu membina kolagen.
  • Vitamin c juga bantu mengekalkan kulit yang sihat sepanjang 9 bulan kehamilan.
  • Ianya juga membantu menyokong peetumbuhan otot, tulang dan tulang rawan bayi kita.
  • Vitamin c juga bantu meningkatkan penyerapan zat besi dan asid folik untuk meningkatkan penghasilan sel darah serta mengurangkan masalah HB yang rendah.
Jadi, ibu-ibu hamil di luar sana yang merasakan polar pemakanan tak seimbang ketika hamil, boleh lah mencuba vitamin shaklee ni. Kalau rasa nak rasai kelainan kehamilan yang dulu tanpa pengambilan vitamin shaklee dan rasai kelainan dengan kehamilan sekarang dengan pengambilan
Vitamin shaklee. Boleh lah tau perbezaan dan rasai sendiri pengalaman kan. 

Apa kata ibu-ibu hamil di luar sana? Sekiranya berminat untuk dapatkan set vitamin pranatal shaklee ni, boleh lah hubungi saya ye. 😊

Salam sayang,
SyahidahRazali
0199877468


#FenomenaShaklee
#LATFighters
#LATFamily
#LATTeam

March 24, 2016

Aduhhhhhh.... Sakitnya Gastrik Ni! Argghhhhhhh

Sape pernah kena GASTRIK??

Rasa macam mana? Sakit ke? sakit sangat-sangat ke?

Saya tak pernah kena gastrik dan x tau macam mana sakitnya gastrik tu. Tapi memang selalu kena senggugut bila  datang bulan 'mengambang' hihi

Satu hari tu, konon nak kurangkan makan malam la kan. Jadi, malam tu skip la dinner. Keesokkannya, hambik ko, sakit perut yang teramat-amat sangat. Susah nak cerita macam mana sakitnya tu.

Perut rasa berangin, sakit, rasa macam angin susah nak keluar, rasa nak buang air besar, tapi bile dah membuang, perut tetap sakit. lagi sakit dari senggugut tauuu.

Sakit senggugut, bile letak iron ke kat perut, tido kat atas lantai simen ke, tido tertonggeng ke, lama-lama dia hilang tau. TAPI, gastrik ni lain macam sikit. Guna cara untuk hilangkan senggugut masa gastrik, memang tak jalan dan tak berkesan langsung brooooo...

Letak minyak panas ke, urut kaki ke, tido tertonggeng ke, perut tetap sakit woooo.. Dasyat wehh penangan gastrik ni.

Pastu teringat kat ESP. Suami balik rumah kejap sebab saya bagitahu tak tahan sangat sakit. Sian kay baby saya, main sorang-sorang sebab mamanya sakit perut. Saya suruh suami bancuh ESP 2 sudu. Lepas minum tu rasa sakit tu berkurang. Dan selepas tido nyenyak, gastrik tu dah tak ade dah. Alhamdulillah..

2 kali gastrik menyerang, ESP la penyelamat dengan izin Allah. Saya bersyukur sebab Allah bagi saya rasai sakit gastrik tu macam mana dan hikmahnya saya kene konsisten minum ESP setiap hari. Ingat tu syahidah! hehe

Kawan-kawan yang ada masalah gastrik ni, meh cuba minum ESP. Nanti saya kongsikan dengan anda semua testimoni ESP dan gastrik ni. Ade tok yang ade gastrik sembuh dengan ESP tau. Tok pun minum ESP, takkan anda tak nak cuba. hehe

Meh pakat-pakat order ESP sementara tawaran hebat ni masih berlangsung.

Syahidah ~ 019 987 7468


OH ESP!

WHAT!!! ESP ADE PROMOSI BULAN NI???

Iye, bulan Mac 2016 ni promosi ESP sedang berlangsung dan masih berlangsung sehingga lah 31 Mac.

Belum dapatkan lagi?

Masih ade mase, Jom order.

Shaklee tawarkan 2 pilihan tau.

1. DAPAT 7 TIN ESP DENGAN HARGA 6 TIN

2. DAPAT 5% POTONGAN DENGAN PEMBELIAN 2 TIN ESP.

Ha, mana pilihan korang?

Nak jimat dan untung berganda, pilih option nombor 1 tu, Boleh dapat free ESP dan daftar ahli FREE.

Pilihan nombor 2 pun jimat tau. Boleh jimat berbelas2 ringgit. Untung tauuuu.

Boleh buat stok untuk bulan puasa terus tau. Jimat belanja sebab beli ESP masa promosi, :)


Meh order dengan saya. Mesej je kat nombor ni tau. kite guide awak. 019 987 7468 ~ syahidah.

October 05, 2015

Ape promosi bulan Oktober ni?

Woooott woootttt.

Dah tau ke promosi ape bulan ni? Belum??? Meh nk habaq. Hihi


Memang hot... offer bulan ni.









♡ Dapatkan 2botol Vitamin E dengan harga 1 BOTOL je. Sementara stok masih ade ye. 



♡ Omega guard dapatkan 7 botol dengan hrga 6 BOTOL je. 



♡ GLA dapatkan 7 botol dengan hrga 6 BOTOL je. 



♡ Dapatkan 5% potongn bagi setiap pembelian 2 botol GLA  



♡ Dan daptkan 5% potongn bagi setiap pembelian 2 botol Omega guard. 


Peminat-peminat dan pengguna tegar vitamin-vitamin di atas, bertindak segera dapatkan harga promosi ni ye sebelum promosi ni berakhir. 

P/s: Vitamin E tu, offer terbaik punya tau.. haih, rugi la sape terlepas peluang ni. Beli 2, share dengan suami &/ isteri. Jimat. Sorang 1, x perlu berebut.hihih. 


Salam sayang
Syidah Nur
0199877468

October 01, 2015

Energizing Soy Protein

ESP ESP ESP.

ESP adalah minuman berasaskan soya non-GMO (yang x diubah secara genetik) yang berkualiti tinggi..

Rata rakyat Malaysia terutamanya pengedar Shaklee memang suka dan jatuh cinta dengaan produk shaklee disebabkan oleh ESP.

Termasuklah saya.. haih la. Ni sume salah ESP sebab saya jadi angau bile berjauhan dan berpisah dengan ESP. HAHAHAA

Kenapa ek ramai wanita suka ESP? Ni antara sebabnya yg greatgrandnanny saya kongsikan.


♡ Kulit mereka lebih sekata,lebih cerah
♡ kulit kurang berminyak, bedak pun tahan lama kalau tepek kat muka
♡ Jerawat jarang muncul
♡ Kulit lebih anjal
♡ Rambut kurang gugur
♡ Kekal bertenaga sepanjang hari,
♡ kenyang lebih lama
♡ kurang nak mengunyah junk food
♡ takde dah gastrik/senggut
♡ tubuh makin fit,slim
♡ kalau ibu hamil lak, mereka kata mereka lebih bertenaga, anak yang lahir kulit saaaangat cantik, tak mudah ruam
♡ kalau yang ibu menyusu pulak, mereka kata susu lebih pekat, banyak
♡ awet muda
♡ rahim lebih kuat
♡ Kuku jadi cantik
♡ Parut stretch mark hilang
♡ dan baaaaanyakkkk lagi feedback yang best best

tu semua diorang yang kata tau.. 


Itu yang kejap2 repeat order, tu yang kalau dah berbulan skip ESP, last-last for sure akan kembali cari balik order ESP ni

Hah tu dia apa kata pengguna-pengguna ESP shaklee. Termasuklah saya.

Dalam senarai kesan yang dirasai oleh kebanyakan wanita turut saya rasai. 

Memang kesannya memgujakan. Pastikan minum ESP secara berterusan ye untuk dapat kesan yang maksimum. Bukannya minum jarang-jarang dan minum mase ingat je, bile lupa terus tinggal ESP. Mane la nak rasa kesannya kan?? 

Keranamu ESP,, diriku bertambah berseri dan lebih yakin untuk keluar rumah tanpa secalit make-up (dah memang jenis kurang minat make-up2 ni.hoho)

Terima kasih shaklee kerana mengeluarkan minumam soya yang sungguh halus & lazat ni. 


Salam sayang,
SyahidahRazali
0199877468


Oktober

Salam 1 Oktober 2015.

Fuh2 banyak nye habuk blog ni. Hohoho

Salam perkenalan semua.. 

Saya; Nur Syahidah Razali

Adalah pengedar sah SHAKLEE. ID nombor 883791. Penghantaran seluruh Malaysia, COD kawasan setiu & Tepoh, Kuala Terengganu. 

Berminat dengan sebarang produk shaklee, sila2 lah hubungi saya ye. Nak tanya apa2 pasal shaklee pun dipersilakan ye. Saya sedia membantu anda. 


Salam sayang,

SyahidahRazali
0199877468

January 05, 2015

Bukan 1 atau 2 tapi 7!!!!!!

Ape yang bukan 1 atau 2 tapi 7 tu???? 

Agak2 ape ye?? Ha, tu la promosi yang shaklee buat untuk bulan Januari 2015 ni. Fuhhhhhh, 7 terus promosi shaklee bagi. Best kan???

Ape promosi yg shaklee bagi tu. Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni. :) 

Promosinya adalah VIVIX, Alfalfa besar, Alfalfa kecil & vitalea kanak-kanak.


Beli 6 Dapat 7



Beli 2 dapat potongan 5%



Beli 3 Dapat 4

Woahhhhhh, best kan?? Hah, ape tunggu lagi, awal-awal tahun ni, jom detoks kan badan dengan produk-produk shaklee yg promosi ni. 

Sape yang ade azam nak kecikkan badan ke, detoks badan ke, nak cantik keseluruhan ke, nak tingkatkan kesihatan dengan lebih baik ke, hah, ni ler masanya.. 

Nah, vitalea untuk anak-anak pun dah ade balik. Jom sihatkan diri sendiri, anak-anak dan keluarga anda.. semoga tahun 2015 ni, kesihatan kita semua bertambah baik dan lebih baik dari tahun sebelum :)

Rebut peluang ni tau... 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Nur Syahidah Razali
0199877468
ID: 883791
Syahidahrazali@gmail.com

COD: Setiu, Besut & kawasan sekitar. 
POS ke seluruh Malaysia. 

Inginkan konsultasi percuma berpanjangan? Dapatkan barangan shaklee dari saya dulu ya. :) 




December 08, 2014

AWAS!!! Ambik set slim shaklee tapi......

Ha, jangan terpengaruh dengan iklan cepat kurus dalam masa beberapa hari. Sapu pun boleh kurus. AWAS!!

Okey, saya nak share pengalaman amalkan set slim ni. Saya dah cuba bermacam-macam produk untuk kuruskan badan. Tapi, agak mengecewakan sedikit. Berat turun, tapi masalah lain pulak yang ada. Macam, masalah penghadaman masih sama, tiada perubahan.. makin teruk dan sakit telinga makin menjadi-jadi. Saya ada share kisah pasal sakit telinga kat sini. Produk-produk yang saya amalkan kurang sesuai dengan saya atau saya yang culas makan. Saya xnak salahkan produk, mungkin diri sendiri yang x amalkan betul2. Hehee. 

Produk shaklee pertama yang saya amalkan adalah lecithin, herblax & alfalfa.. saya tertarik dengan post seorang SID ni kat FB. Jadi, saya terus buat keputusan untuk cuba shaklee. Alhamdulillah, saya berjaya turunkan berat badan.. walau pun sikit je turun, tapi saya happy, sebab masalah sembelit pun berkurang, lawas setiap hari.. sukeee.. sebelum ni, 1 minggu tu sekali atau 2 kali je buang. Seksa kan. Alhamdulillah.. 

AWAS!!! Sekiranya anda amalkan set slim, tapi masih tiada perubahan, terus nak putus asa. Jangan anggap makan sekali terus nk kurus. Set slim shaklee bukan makan terus kurus. Produk shaklee adalah semulajadi, tiada bahan tiruan, tiada bahan pengawet, dan tiada pewarna dan perasa tiruan. Tiada bahan kimia yang mampu memberi kesan dalam masa beberapa hari. Elakkan ambik set slim yang mampu bagi efek cepat ye. Jangan ingat nk kurus tapi menyeksa diri.. 

AWAS!!! Kalau dah lama amalkan set slim contohnya berbulan-bulan. Dah repeat beli yang sama tapi berat masih sama atau turun sikit je. Cuba cek bape kali sehari makan, nafsu makan macam mane? Macam saya, nafsu naga.haha. ambik set slim basic dapat perubahan pun sikit la. Ni dia set slim basic atau set slim yang saya amalkan mula-mula. 

Bile ada bajet lebih, saya ambik set slim yang up lagi.hihi. Saya cuba ambik yang ni pulak.


Cinch shake mix kesukaan saya ialah perisa CHOC. COFFEE LATTE pun sedap, tapi CHOC lebih masuk dengan saya, sebab hantu choc. Cinch shake buat perut rasa lebih kenyang. Nafsu nak mengunyah sentiasa tu dah trun ke paras serba salah nak mengunyah sebab perut kenyang. hihi. Dan buat badan lebih shape atau padat. Yang menggeleber tu dah kemas dan padat.  CINCH tea shaklee ialah tea yang best buat badan berpeluh-peluh. Xbuat exercise berat pun, kemas satu rumah pun peluh menitik-menitik macam buat larian marathon.haha. Ni apa yang saya rasa. Bukan nak overclaim. 

Berbalik pada tajuk entry ni, AWAS, AMBIK SET SLIM SHAKLEE tapi berat badan masih statik, tengok bape kalori yang anda ambik setiap hari, bape banyak exercise yang anda buat, nafsu makan anda macam mana? Sila cek. Pengambilan air banyak mana, cukup x untuk menampung pengambilan vitamin yang anda ambil. 1 lagi bagi yang dah berkahwin, kalau berat x turun, sila cek UPT. Mane tau anda hamil ke.. hihi. Macam saya....

Bulan puasa hari tu, saya amalkan set slim shaklee, sebab lepas kahwin, berat badan saya naik dengan jayanya.. Dah nak mencapai angka 8 kat depan scary woooo... Pakai baju ape pun, ketat. Lebih-lebih lagi kat bahagian lengan.. seksa tau. Mata pun sakit tengok.hahaha.. sebelum kawen angka 6 kat depan, lepas kawen naik sampai 75-77kg. Scary kan. 

Bulan puasa tu saya nekad nk amalkan set slim shaklee. Saya makan vitamin setiap hari tanpa culas, tapi turun pun x banyak. Sikit je. Tapi bukan niat puasa tu nak kurus semata-mata. Tu dah lain dah tu. Sampingan,, beribadat pun badan rasa ringan walaupun berat turun sikit je. Pegi solat teraweh pun bawak botol air. Sebab nk cukupkan minum air 2-3 liter walaupun bulan puasa. Sebelum-sebelum ni, nk minum air pun malas, apatah lagi nk bawak botol air g masjid kan.. Tapi tetap syukur. Dah nak habis puasa pun, berat sama. Sedih.. tapi tetap teruskan ambik set slim tu. X putus asa tau. Hihi. Masa raya, tau mengandung, dan berat turun ke 70kg. Maybe sebab alahan teruk. Batuk yang teruk. Alhamdulillah, turun jugak walaupun tau mengandung.hihi.. happy bile ramai tegur, kenapa badan susut ni. Sekadar senyum je la.haha. 

Rupanya berat x turun sebab mengandung. Xtau la betul ke x. Tapi tu apa yang saya andaikan la. Yang berlaku kat diri saya.hihi.. memang x miss ambik cinch shake, cinch tea, herblax, alfalfa dan omega. Alhamdulillah, nasib xde ape-ape yang berlaku. Sebab bile cek upt negatif, sebab tu terus amalkan set slim tu.. 

Alhamdulillah, tau mengandung & berat pun turun jugak. Happy sangat-sangat walaupun badan akan naik balik. Tapi rasa puas hati, penurunan yg banyak tu.hihi. InsyaAllah akan terus amalkan set slim shaklee ni masa berpantang nanti. 

Bagi anda yang amalkan set slim shaklee, jangan putus asa,, anda tau diri anda macam mana dan anda tahu badan anda macam mana. Macam saya badan jenis cepat naik dan lambat turun. So, teruskan je amalkan walaupun lambat turun. Doa minta Allah bantu jgk. Sebab kita nak kurus bukan semata-mata kurus, tapi nak sihat, supaya rajin beribadat, bila sembahyang x mengah-mengah (macam saya, kadang-kadang rasa mengah tau). Boleh duduk lama, peha x berselisih dan melecet. Banyak kebaikan kan? Bila badan ringan, kita jadi rajin, betul kan? Bile badan berat, penyakit malas akan bermaharajalela sebab susah nak bangun, kurang bergerak, lemak pun segan nak hilang kan? AWAS TAU!!!!

Sihat untuk diri sendiri, tanggungjawab diri sendiri. Elakkan menyeksa badan. Usaha sehingga kesihatan anda memberi kepuasan dan menguntungkan diri anda.. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda. :)

Salam sayang..

Nur Syahidah Razali
0199877468
ID: 883791
COD: Setiu & Besut, Terengganu serta kawasan sekitar.
POS: ke seluruh Malaysia.