December 08, 2014

AWAS!!! Ambik set slim shaklee tapi......

Ha, jangan terpengaruh dengan iklan cepat kurus dalam masa beberapa hari. Sapu pun boleh kurus. AWAS!!

Okey, saya nak share pengalaman amalkan set slim ni. Saya dah cuba bermacam-macam produk untuk kuruskan badan. Tapi, agak mengecewakan sedikit. Berat turun, tapi masalah lain pulak yang ada. Macam, masalah penghadaman masih sama, tiada perubahan.. makin teruk dan sakit telinga makin menjadi-jadi. Saya ada share kisah pasal sakit telinga kat sini. Produk-produk yang saya amalkan kurang sesuai dengan saya atau saya yang culas makan. Saya xnak salahkan produk, mungkin diri sendiri yang x amalkan betul2. Hehee. 

Produk shaklee pertama yang saya amalkan adalah lecithin, herblax & alfalfa.. saya tertarik dengan post seorang SID ni kat FB. Jadi, saya terus buat keputusan untuk cuba shaklee. Alhamdulillah, saya berjaya turunkan berat badan.. walau pun sikit je turun, tapi saya happy, sebab masalah sembelit pun berkurang, lawas setiap hari.. sukeee.. sebelum ni, 1 minggu tu sekali atau 2 kali je buang. Seksa kan. Alhamdulillah.. 

AWAS!!! Sekiranya anda amalkan set slim, tapi masih tiada perubahan, terus nak putus asa. Jangan anggap makan sekali terus nk kurus. Set slim shaklee bukan makan terus kurus. Produk shaklee adalah semulajadi, tiada bahan tiruan, tiada bahan pengawet, dan tiada pewarna dan perasa tiruan. Tiada bahan kimia yang mampu memberi kesan dalam masa beberapa hari. Elakkan ambik set slim yang mampu bagi efek cepat ye. Jangan ingat nk kurus tapi menyeksa diri.. 

AWAS!!! Kalau dah lama amalkan set slim contohnya berbulan-bulan. Dah repeat beli yang sama tapi berat masih sama atau turun sikit je. Cuba cek bape kali sehari makan, nafsu makan macam mane? Macam saya, nafsu naga.haha. ambik set slim basic dapat perubahan pun sikit la. Ni dia set slim basic atau set slim yang saya amalkan mula-mula. 

Bile ada bajet lebih, saya ambik set slim yang up lagi.hihi. Saya cuba ambik yang ni pulak.


Cinch shake mix kesukaan saya ialah perisa CHOC. COFFEE LATTE pun sedap, tapi CHOC lebih masuk dengan saya, sebab hantu choc. Cinch shake buat perut rasa lebih kenyang. Nafsu nak mengunyah sentiasa tu dah trun ke paras serba salah nak mengunyah sebab perut kenyang. hihi. Dan buat badan lebih shape atau padat. Yang menggeleber tu dah kemas dan padat.  CINCH tea shaklee ialah tea yang best buat badan berpeluh-peluh. Xbuat exercise berat pun, kemas satu rumah pun peluh menitik-menitik macam buat larian marathon.haha. Ni apa yang saya rasa. Bukan nak overclaim. 

Berbalik pada tajuk entry ni, AWAS, AMBIK SET SLIM SHAKLEE tapi berat badan masih statik, tengok bape kalori yang anda ambik setiap hari, bape banyak exercise yang anda buat, nafsu makan anda macam mana? Sila cek. Pengambilan air banyak mana, cukup x untuk menampung pengambilan vitamin yang anda ambil. 1 lagi bagi yang dah berkahwin, kalau berat x turun, sila cek UPT. Mane tau anda hamil ke.. hihi. Macam saya....

Bulan puasa hari tu, saya amalkan set slim shaklee, sebab lepas kahwin, berat badan saya naik dengan jayanya.. Dah nak mencapai angka 8 kat depan scary woooo... Pakai baju ape pun, ketat. Lebih-lebih lagi kat bahagian lengan.. seksa tau. Mata pun sakit tengok.hahaha.. sebelum kawen angka 6 kat depan, lepas kawen naik sampai 75-77kg. Scary kan. 

Bulan puasa tu saya nekad nk amalkan set slim shaklee. Saya makan vitamin setiap hari tanpa culas, tapi turun pun x banyak. Sikit je. Tapi bukan niat puasa tu nak kurus semata-mata. Tu dah lain dah tu. Sampingan,, beribadat pun badan rasa ringan walaupun berat turun sikit je. Pegi solat teraweh pun bawak botol air. Sebab nk cukupkan minum air 2-3 liter walaupun bulan puasa. Sebelum-sebelum ni, nk minum air pun malas, apatah lagi nk bawak botol air g masjid kan.. Tapi tetap syukur. Dah nak habis puasa pun, berat sama. Sedih.. tapi tetap teruskan ambik set slim tu. X putus asa tau. Hihi. Masa raya, tau mengandung, dan berat turun ke 70kg. Maybe sebab alahan teruk. Batuk yang teruk. Alhamdulillah, turun jugak walaupun tau mengandung.hihi.. happy bile ramai tegur, kenapa badan susut ni. Sekadar senyum je la.haha. 

Rupanya berat x turun sebab mengandung. Xtau la betul ke x. Tapi tu apa yang saya andaikan la. Yang berlaku kat diri saya.hihi.. memang x miss ambik cinch shake, cinch tea, herblax, alfalfa dan omega. Alhamdulillah, nasib xde ape-ape yang berlaku. Sebab bile cek upt negatif, sebab tu terus amalkan set slim tu.. 

Alhamdulillah, tau mengandung & berat pun turun jugak. Happy sangat-sangat walaupun badan akan naik balik. Tapi rasa puas hati, penurunan yg banyak tu.hihi. InsyaAllah akan terus amalkan set slim shaklee ni masa berpantang nanti. 

Bagi anda yang amalkan set slim shaklee, jangan putus asa,, anda tau diri anda macam mana dan anda tahu badan anda macam mana. Macam saya badan jenis cepat naik dan lambat turun. So, teruskan je amalkan walaupun lambat turun. Doa minta Allah bantu jgk. Sebab kita nak kurus bukan semata-mata kurus, tapi nak sihat, supaya rajin beribadat, bila sembahyang x mengah-mengah (macam saya, kadang-kadang rasa mengah tau). Boleh duduk lama, peha x berselisih dan melecet. Banyak kebaikan kan? Bila badan ringan, kita jadi rajin, betul kan? Bile badan berat, penyakit malas akan bermaharajalela sebab susah nak bangun, kurang bergerak, lemak pun segan nak hilang kan? AWAS TAU!!!!

Sihat untuk diri sendiri, tanggungjawab diri sendiri. Elakkan menyeksa badan. Usaha sehingga kesihatan anda memberi kepuasan dan menguntungkan diri anda.. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda. :)

Salam sayang..

Nur Syahidah Razali
0199877468
ID: 883791
COD: Setiu & Besut, Terengganu serta kawasan sekitar.
POS: ke seluruh Malaysia. 


December 05, 2014

Alhamdulillah....

Assalamualaikum.

Alhamdulillah untuk nikmat rezeki hari ni yg Allah S.W.T. bagi. Nikmat mana yang kita nak dustakan. Betul ke betul? Ucap Alhamdulillah sebanyak-banyak nya. 

Hari ni saya nak cerita pasal rezeki yang Allah bagi pada saya & suami. Rezeki zuriat. 

Alhamdulillah, berkat kesabaran, doa berterusan dan yakin dengan janji Allah, Allah bagi nikmat yang sangat-sangat bermakna ni. Alhamdulillah. 

Genap setahun perkahwinan saya & suami, anniversary yang pertama pada bulan Mei2014, itu lah last period saya.. 

Bulan 6 & bulan 7 saya cek, masih negatif. Saya hanya sabar & tunggu. Risau pun ade sebab masih belum period. Dah 2 bulan. Saya hanya fikir positif, mungkin tahun ni saya puasa penuh. Alhamdulillah, saya puasa penuh pada bulan Ramadhan yang lepas. 

Apa perasaan anda, bila dah setahun kahwin, & orang asyik bertanya bila nk dapat anak? Sedih kan???? Itu bukan kuasa kita kan, nak anak, boleh dapat bila2. Saya pun alami benda yang sama. Pertanyaan demi pertanyaan. Tapi saya senyum, dan saya minta orang yang tanya saya tu doakan saya dikurniakan zuriat cepat.. Setiap kali pertanyaan tu diajukan, saya senyum dan gembirakan diri. Saya yakin Allah akan bagi, cuma cepat atau lambat. Jadi sebolehnya, teruskan  bersabar & berdoa. 

Alhamdulillah, saya dapat mak mertua yang memahami. Tidak pernah sekalipun dia tanya saya bila nak dapat anak.. Kalau orang kampung tanya, mak mertua saya cakap, belum ada rezeki lagi.. 

Saya ada bertanya pada kawan-kawan yang dah lama berkahwin, dan belum dapat zuriat. Ada yang bagitahu buat pemeriksaan di klinik & rujuk pada pakar. Saya ada berniat untk buat benda yang sama, tapi naluri asyik katakan, tunggu dulu. Kononya masa cukup setahun kahwin tu, nak jumpa doktor la kan, tanya suami, suami bagitau tunggu la dulu. Jadi saya pun tunggu lah.hehee.

Seminggu sebelum nak balik kampung beraya, saya demam. Suami bawak pergi klinik, doktor cek dan bagitahu darah rendah. Doktor tanya bila last period, saya bagitahu bulan 5. Dan dia tanya nak scan x? Saya cakap boleh jugak. Doktor scan dan bagitahu rahim saya bengkak macam nak period. Saya pun, okey lah. Tunggu je la period. Sebab tanda-tanda nak period pun ade sakit kat cik b kan? Saya fikir, mungkin nak period ni. Cik b tu memamg dah lama sakit. Seminggu lebih dah kut sebelum jumpa doktor tu. 

Tahun ni, saya raya di kampung suami kat Baling, Kedah. Petang raya ketiga, kami bertolak pulang ke Terengganu sebab esoknya ada kenduri sepupu kat terengganu. Suami biasala kan, dah syok kat kampung, malas nak balik awal-awal.hihi. belum puas lepak-lepak kat kampung katanya. Saya ni biasanya ikut je, tapi hari tu, macam emosi lebih pulak. Belum pernah sedih dan menangis bila suami cakap nk bertolak esok pagi. Saya duduk dalam bilik, menangis. Suami datang, tanya kenapa menangis, saya cakap nak balik.  Dia lap aor mata saya dan dia cakap die setuju balik petang tu. Die suruh saya kemas barang-barang. Automatik jadi happy. Haha. Pelik betul. Saya abaikan je emosi saya yang pelik tu.

Pada 3 ogos 2014, saya lepak-lepak kat rumah depan tv, pada pukul 2 lebih petang, badan jadi sejuk tiba-tiba. Terus saya masuk bilik dan selimut badan, tapi rasa sejuk tu makin mengganas.hihi. Saya telefon suami, tapi x dapat sebab hp die mati. Kehabisan nyawa. Mujur ada kawan yang inform dia bagitahu saya demam tiba-tiba. Alhamdulillah dia terus balik dan bawak saya pergi hospital. 

Masa tu pukul 5 lebih, semestinya klinik dah tutup, sebab tu terus ke emergency hospital Setiu. Suami saya bimbang denggi, sebab mase tu musim demam denggi.. Masuk jumpa doktor, soalan biasa la doktor tanya, bila last period. Dia bagitau air dalam badan kurang, banyakkan minum air. Dia tanya xde cek ke mengandung ke x. Saya cakap, bulan 6 dan bulan 7 ade cek, tapi negatif. Doktor bagi ubat dan siap pesan suruh beli pregnancy test. Rm5 je. Siap cakap harga.hahaa. Masa dalam perjalanan balik tu, pesan kat suami, berenti kat farmasi beli pregnancy test tu. 

Tadaaaaa, esoknya 4 Ogos 2014, awal-awal pagi bangun, tadah air kencing dulu. Belum test lagi sebab nak tunggu suami pergi keje dulu.hahah. takut kecewa lagi bile test, negatif.. Lepas hantar suami pergi keje, teruskan ekperimen..haha. eksperimen siap. Jeng jeng jeng, & hasilnya................

2 line teranggggg!!!

Dapat result, syukur pada Allah dan terus call suami, bagitahu naik 2 line.. Suami baru je kuar simpang rumah, xtau ekspresi muka die mcm mane, terkejut kut. Happy tu x lagi, sebab die nak saya confirmkan kat klinik. Die suruh saya siap-siap2 pergi klinik terus pagi tu. Hihi. Menurut perintah, excited pun ade sebenarnye nk tahu result dari klinik ni. 

Mujur klinik dekat je ngn rumah, 5 minit pun xsampai bawak kete. Result air kencing menunjukkan...........
positif!!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Bagitahu suami, memang betul. Positif. Suami gembira tak terkata. Siap bagi pesanan penaja. Terus buat buku merah. Nurse kira masa tu dah 12 minggu, tapi masa jumpa doktor, doktor bagitahu masa tu baru 8 minggu. So, 8 minggu baru naik 2 line. Sebelum-sebelum ni cek rasanya dah ada, tapi x nampak lagi. 

InsyaAllah, baby akan keluar pada mac 2015. InsyaAllah. 

Mintak maaf, entry ni terpanjang. Kisah awal-awal tahu diri ni mengandung. Alhamdulillah untuk nikmat yang Allah berikan.. 

Sekiranya Allah belum bagi kita rezeki anak, bersabar, berdoa & teruskan usaha. Yakin dengan janji Allah. InsyaAllah, Allah akan bagi. Lambat atau cepat, itu adalah perancangan Allah. 

Salam sayang.. 

Nur Syahidah Razali
0199877468
ID: 883791
syahidahrazali@gmail.com
COD: Setiu, Besut, Tepoh Terengganu & kawasan sekitar.
POS ke seluruh malaysia. 

Inginkan konsultasi percuma tentang masalah kesihatan dan cadangan vitamin yang sesuai, boleh hubungi saya. Saya sedia membantu. :) 

December 03, 2014

Promosi terbaik bulan disember 2014

Assalamualaikum

Salam petang. Ambik peluang up 1 entry. Hihi. 

Okeh, macam tajuk yang tertera di atas. Shaklee dengan baik hati mengadakan 2 promosi vitamin serentak untuk penghujung tahun 2014. 

Iaitu mempersembahkan vitamin-vitamin yang bertuah itu adalah..........................


SISTAINED RELEASE VITAMIN C & VITAMIN E


BELI 6 DAPAT 7



BELI 2 DENGAN POTONGAN 5%


Adakah fenomena kehabisan Vitamin C bakal berulang? Fuhhhh, dasyat wooo masa stok Vitamin C licin. Ramai yg sedih dan gigit jari.haha. Tapi berkat kesabaran, stok kembali pulih. 

Kalau anda rasa Vitamin C & Vitamin E wajib untuk anda telan setiap hari, dapatkan promosi berganda ni tau.. Elakkan tunggu sehingga stok hampir licin, bimbang anda terlepas peluang keemasan ni.hihi

Ingat tau.. Bertindak cepat. Hehe..

Sekian 


Nur Syahidah Razali
ID: 883791
0199887468
syahidahrazali@gmail.com
COD: Setiu, Besut & Tepoh, Terengganu.




December 01, 2014

Bulan Disember 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah untuk nikmat hari ni. Banyak nikmat Allah bagi. Sentiasa lah bersyukur. :)

Bulan disemeber. Penghujung tahun 2014.

Semoga bulan ni lebih memberi makna dan lebih gemerlapan dari bulan2 sebelum ni.

3 bulan lagi, cycle shaklee akan berakhir. Dan 3 bulan lagi jugak, saya akan bertemu dengan orang baru. InsyaAllah. Semoga segalanya dipermudahkan.


Sekian coretan ringkas dari saya. 




November 03, 2014

November 2014, Bulan Baru dan Bulan Yang Penuh Kemanisan. InsyaAllah :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, diberi kekuatan & kesempatan untuk menjenguk kat sini lagi.. ade yang rindu ke? Eh2, perasan pulak dia. hihihihi

Alhamdulillah sekarang berkobar-kobar dan bersemangat. Semangat baru, diri yang baru, azam baru dan segalanya baru.

Oh, Bisness Shaklee dibuka seperti biasa dan masih utuh di hati...

Sempena bulan baru ni, Promosi bulan ni pun gempak tau. PROMOSI OMEGA GUARD
SHAKLEE.

Shaklee dengan murah hatinya membuat 2 promosi serentak tau. Sejak 2 bulan lepas lagi..

Promosi Pertama :- Beli 6 Omega Guard Percuma 1.



Promosi kedua :- Beli 2 Omega Guard dengan Harga Istimewa yg shaklee tawarkan.





Fuh, Berbaloi-baloi baq hang. hihihi

okey, anda2 di luar sana jangan lepaskan peluang keemasan ni tau. Untung tau promosi bulan ni.. boleh jimat banyak. :)

Jom borong omega bulan ni. Bagus untuk anak-anak, suami, isteri, warga emas. Semua golongan pun boleh amalkan omega tau!!! boleh share 1 family.

Terima Kasih kerana membaca. :)

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi saya di nombor tertera ye. hihi




June 14, 2014

Cerita Tentang Collagen Powder Shaklee

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. Fuh, cabaran betul nk update blog dengan line slownye, upload gambar pun loading je.. Arini laju sebab gune PC Abah. hihi.. Duk rumah Abah tenet lajuuuuu sbb ade wifi. muahaha,, 

Okey, meh kita risik-risik pasal Collagen Powder Shaklee ni,, 

Shaklee Collagen Powder yang power. :)

FUNGSI-FUNGSI Shaklee Collagen Powder :

♥ Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

  ♥ Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

  ♥ Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

♥ Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

♥ Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

♥ Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

  ♥ Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

FUNGSI SETIAP BAHAN/RAMUAN DLM COLLAGEN :

  • Kolagen ikan : Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal

  • Ekstrak kulit kerangan : Mengandungi glukosamina sbg pelincir bg sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata

  • Lactobacillus acidophilus : Meningkatkan penyerapan kolagen

  • Ekstrak biji Camellia Japonica : Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan

  • Ekstrak Pfaffia : Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga

  • Vitamin c : Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.

  • Vitamin B2 & B6 : membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.
Ha, ni  la dia fungsi SCP ni.. Info ni dari "Rumah Rahsia" bagi ahli macam saya ni.. Saya kongsi kat sini pulak :)

Best gileeeee SCP ni. SCP bagi saya memang berkualiti dan sangat eksklusif kerana Shaklee memang mementingkan kualiti dan banyak research2 dibuat untuk sesuatu produk mereka.. Terbukti berkesan dalam masa 8 minggu. TAPIIIIII ada yang amalkan SCP ni, baru ambik 8 ke 10 sachet dah rasa kesannya. Bergantung pada badan kita masing-masing sebab badan kita x sama ye. Ade orang dapat kesan cepat dan ade orang dapat kesan lambat sikit.. Ianya bergantung pada badan kita. 

Okey, tu aje nk cite. hihihi.. suami suh siap cepat-cepat nak g kenduri. Jumpa lagi kengkawan..

Salam Sayang
Syidahnur



June 02, 2014

Curi kabel???

Assalamualaikumm...

Alhamdulillah, kembali bersiaran.. Setelah 5 hari line internet ciput dan slowwwwww sangat, hari ni baru okey.

3 hari balik kampung suami, line tenet pun slow jugak. Balik Setiu semalam pun same, line slow sebab kabel kene curi.. asyik2 curi kabel je, elakkan la mencuri tu yeeee... berdosaaa..

Entry petang ni, entah apa2 je. Nanti saya sambung cerita pasal balik kampung aritu ye.. hihi.. 

Mulakan misi baru untuk June 2014.. Senior Coordinator Syahidah Razali Jun 2014. *mintak line tenet okey je sepanjang Jun 2014 ni* InsyaAllah..

:) 

Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah S.W.T

P/s: Saya suka tengok langit.. lebih2 lagi warna biru, putih, kelabu & macam2 warna lagi.. Cantikkkkk sangat. :)

May 29, 2014

ESP ni betul ke buat kita rasa kenyang & bertenaga???

Assalamualaikum.

Selamt pagi.. Apa cita anda semua?? Hihi. Dah breakfast belum? Alhamdulillah, saya dah breakfast dengan ESP & CINCH CHOC.. Super duper sedapppp...

Ok, berbalik pada tajuk, betul ke ni?? Betul la.. Saya yakin & percaya sebab saya dah amalkan.. ESP tu minuman wajib saya ambil setiap hari. Kalau x minum sehari rasa tak best, dan rasa hari tu lain macam je. Macam ade yang tak kene..hihih... Hebat kan penangan ESP ni..

ESP jugak buat kita rasa kenyang lebih lama.. Memang betul pun. Ade customer saya bgtau memang rasa kenyang, kadang makan nasi 2 hari sekali... bagus untuk yang nak slim kan?

Kalau saya minum ESP pagi2 dalam pukul 7 lebih berserta dengan minum air masak secukupnya pagi tu, memang perut bertahan sampai tengahari tau..

Meh nak share macam mana ESP boleh bagi rasa kenyang dan kekal bertenaga.. credit

**************************************************Antara fungsi utama ESP ia MEMBEKALKAN TENAGA berkekalan dgn protein berasaskan tumbuhan...

Apa beza makanan yg tinggi karbohidrat dan tinggi protein dlm aspek membekalkan tenaga?

### Utk makanan yg tinggi karbo (seperti gula-glucose type), ia akan terus dilepaskan dlm darah dgn cepat,shoot up then drop (kerana indeks glisemiknya tinggi,jadi energy yg dibekalkan adalah dalam tempoh singkat ###

TETAPI

****ESP yg BEST ni, glucosenya dilepas ke dlm darah sedikit demi sedikit (indeks glisemik rendah).. jadi ia mengawal paras gula dan tenaga yang dibekalkan berpanjangan..

INFO TAMBAHAN:

-Indeks glisemik (indeks glisemik atau GI) adalah ukuran kesan karbohidrat pada paras glukosa darah (atau tahap gula dalam darah) apabila makanan tertentu dimakan..

-Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang  SPECIAL  sangat yang  terkandung dalam ESP?

  • Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan serta membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak
  • Menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Mengandungi ke semua 9 jenis asid amino penting badan (yang xdapat dibuat sendiri oleh badan)
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program.
  • Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah
  • Kajian menunjukkan yang soya membantu menstabilkan hormon semasa peralihan ke monopaus.
  • TIADA perasa, pewarna tiruan, pemanis, atau bahan tambahan selainnya.
  • TIADA CAFFEINE
  • Sesuai untuk VEGETARIAN
Sumber: mamafaiz.com

**********************************************************

Amacam?? Best kan ESP ni.. Saya memang dah jatuh cinta dengan ESP ni sejak mula2 try ambik ESP. Tahun 2012. Sampai sekarang saya nasih amalkan. Tin2 ESP mmg banyak kat rumah.hahaa.. macam ane la yang dh consume bertahun-tahun, bertimbun-timbun tin tu agaknye..hihi.. eh2, kesitu pulak.

Kesimpulannya, berbaloi-baloi amalkan ESP. Percaya ke percaya??

Kalau berminat nak cuba, jangan segan-segan nk hubungi saya ye. Saya sedia membantu. :)


May 23, 2014

Pemerah pipi semulajadi...

Assalamualaikum..

Salam sejahtera. Hari ni nk cite pasal pemerah pipi semulajadi. Tak payah susah-susah nak pakai blusher. Hihi.. Dengan shaklee je. Produk ni HOT jugak tau.. Selalu je out of stock. Biasa la, Shaklee kan pentingkan KUALITI, nak restock bahan tu kene buat macam-macam kajian. Tak de cikai-cikai ni..

Sekarang berbalik pada tajuk tu, meh kita baca perkongsian pasal produk ni yang buat pipi pinky2 gitu.. hehe.

Carotomax aka strawberry shaklee. :)

*******************************************************************

hari tu saya pergi bengkel shaklee nutrisi, barulah tahu apa rahsia kanak2 cameron highland ni pipi diorang ada pink2 tanpa pakai blusher,rupanya sbb amalkan strawberry you! Tapi kan, kita susah nk dpt strawberry kan. cane nk dpt pipi pink? pakai blusher macam leceh je..huhu

xpa2, jgn risau, kita ada supplement yg seakan2 strawberry. malah lebih dari tu! ni ha, carotomax! antioksidan terbaik dari shaklee! jom baca apa sifu saya share ttg caratomax nih! :)
xpa2, jgn risau, kita ada supplement yg seakan2 strawberry. malah lebih dari tu! ni ha, carotomax! antioksidan terbaik dari shaklee! jom baca apa sifu saya share ttg caratomax nih! :)





Riuhhh!!gemparrrr!!

Shaklee carotomax mampu membuatkan pipi penggunanya berwarna merah jambu..takyah pakai blusher k..ori punya..hihi

Tau tak kenapa orang yang kat cameron tu wajahnya cantik..pink2 gitu...sebabnya diorang makan strawberi lebih kerap dari kita...haaa...strawberi ni ada contain dalam carotomax ni tau...

Eh2..nak beli dah?tunggu dulu...hihi..kita kenali dulu apa itu carotomax k...apa beza ia dengan jenama lain ye? Jom baca kisah carotomax ni ye...

Pengambilan purata karotenoid lutein, likopena dan beta karotena adalah hanya 8mg. Tapi carotomax membekalkan LEBIH 13mg karotenoid yang berfaedah ini.

Carotomax ini mengandungi keenam2 varieti karotena,diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti oksida.

Manfaat utama carotomax adalah:

1. Lebih selamat dari vitamin A. Ia akan ditukarkan kepada vit A hanya bila perlu sahaja

2. Mempertingkatkan PENGLIHATAN..ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. Ia membantu masalah RABUN MALAM, rabun dekat, mata kering, katarak, eye bags, GEGELUNG HITAM di mata, kelesuan mata, glaucoma, astigmatism...sape yang rabun malam..konsisten amik 5hari...setel insyaallah.

3. Meredakan penyakit kulit..pengambilan yang cukup akan melegakan masalah kulit seperti kulit KERING, kulit berjerawat, akne, senile plaque, psoroasis..penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies,akne, dan ulser kulit..mukaaa PINK..si merah jambuuu..hihi..tak yah pakai make up mahal2 sudahh

4. Melindungi epithelial...ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus,perut, paru2, bronkus, pundi kencing

5. Melawan KANSER dan oksidasi....pengambilan beta carotene yg kerap mampu menguatkan imun sistem...melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel2  kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru2 dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel2 mati yg teroksida...hmmm..hebatkan?

6. Menghalang infeksi...ia merangsang enzim membunuh kuman,menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru2 seperti batuk, hepatitis, asma dan selsema

7. Menggalakkan perkembangan normal dan sihat...ia mampu menguatkan tulang..melundungi rambut..gigi..gusi...
Haaa..tu diaaa....manfaat utama carotomax..tapi kan..nape kena amik yg shaklee punya? Jenama lain pon ada je beta carotene n lain2 ni...haaa..ni dia sebab nape MESTI PILIH carotomax shaklee...

Carotomax je SATU2nya produk yang mengandungi KEENAM2 jenis karotenoid...klu gi cek farmasi...satu botol unt alpha carotene..satu botol untuk beta carotene..satu botol unt lycopene..satu botol unt astaxanthin...satu botol unt lutein..satu botol unt zeaxanthin...haaa..dah 6 botol...kan2??for sure kos pon 6x ganda...kan2???tak caya? Gi laaa cek sendiri kat farmasi..hihi...tapi shaklee ni...just telan SEBIJI CAROTOMAX je setiap hari..bukan telan 6bj..kos??fullamakkk..mesti u all borong 6botol terus sbb murah giler..murah...tapi kualitiii TIPTOP!Tambah ESP...unt kesan lagi hebat dan cepat;)

Credit: my mummy
****************************************************

Wahh,, best kan? Hihi.. pinky2 la muke kite nanti, xyah susah2 nk telan strawberry hari2, telan carotomax je.. & yang penting, tak perlu naj pakai blusher2 bagai. Jimat la duit cosmetic kan? Hihu

Mau x? Cepat grab sebelum licinnnn.. :)


May 21, 2014

Shaklee Mahal?????

Assalamualaikum..

Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita. Ops, nak tahu, ramai sangat ke yang cakap produk shaklee mahal?? Sape cakap mahal, sila komen sekalii..hihi.

Sampaikan orang anggap, shaklee untuk orang loaded je.. fuhhh... dasyattt.. macam tu sekali persepsi orang kan..

Mula-mula saya pun rasa shaklee ni mahal. Duluuu laa, sebelum ade ilmu..hahaa... Tapi, lepas dah buat kira-kira.. Eh, jimat laaaa... Tak sangka pulak. Tak payah nak kuarkan duit tiap-tiap bulanm... fuhhh, lega... hihi. Bulan ni beli supplement, bulan depan boleh beli mende lain pulak sebab supplement x perlu nk beli tiap-tiap bulan (yang tertentu la). 

Contoh beli ESP, botol die besar ade 850gram. Saya ambik 1 sudu je sehari, tahan dekat 2-3 bulan jugak.. Selalu je rasa, bile nk habis ni, tak sabar nak beli yang baru..hahaaa.. tapi kene habiskan dulu laa kan..

Jom tengok kira-kira yang lagi proper. Credit

*****************************************************
Betul ke mahal sangat tu?? Bagi saya, x la... MURAH sebenarnya.  Kalau tak percaya, jom kita sama-sama kira. Terutamanya bagi anda yang sangat concern tentang harga.

Energizing Soy Protein (ESP)

1 tin ESP tahan 2 bulan (average).. Biasa 2-3 bulan
kalau diminum 3x sehari.. 2 bulan = 180 kali minum.
(1 sudu sekali bancuh)
Harga untuk 1 bulan RM75* sahaja (average)
Harga sekali minum = RM0.83 sahaja

Bandingan air kotak soya
Harga RM1.50 sekotak.
Untuk 3x minum setiap hari selama 1 bulan = RM135

Anda jimat RM60 setiap bulan.
Cuba bandingkan khasiatnya pula.. yang mana lebih baik untuk kesihatan?
Rendah gula? Non GMO?


--------------------------
Sustained Release Vitamin C 500mg

Harga 1 botol Vitamin C Shaklee RM90* (average)
180bj, untuk 6 bulan
1 bj hanya RM0.50 sen sahaja.
1 bj vitamin shaklee = 7 1/2 bj buah oren
1 Bulan hanya RM15* sahaja (average)

Bandingan buah oren
1 kilo average RM5 = 6 bj buah oren~
1 biji buah oren = RM0.83
7 1/2bj buah oren = RM6.23
1 bulan = RM186.90

 

Untuk mendapat khasiat yg sama 7 1/2 biji buah oren (500mg vitamin c sehari) anda perlu berbelanja RM6.23 sehari (dengan makan buah oren), tp dengan vitamin C shaklee hanya RM0.50* sen shj :) Jadi anda jimat RM171* ;)

Jadi apa pendapat anda?
Harga Shaklee setanding kualitinya.. Vitamin yang DIJAMIN SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI ;) 


Jangan tertipu dengan tanda harga. Teliti betul2. Kadang-kadang yang kita selalu llihat di farmasi murah, tp rupanya hanya 30 biji untuk sebulan. Rupa-rupanya juga vitamin sintetik, bukan semulajadi pun. Kan dan tertipu!!!

*******************************************************

Apa kata anda sekarang?? Anda pilih supplement yang berkualiti setanding harganya atau anda pilih yang lebih murah tapi anda kurang pasti kualitinya??

Saya mestilah pilih yang berkualiti dan setanding harganya. Sebab, saya nak elakkan badan saya telan bahan-bahan kimia / bahan sintetik. Saya nak pakai lama badan saya ni (dengan izin Allah). Saya juga sebolehnya nak elakkan asbab pengambilan supplemet, mendatangkan kemudharatan pada diri sendiri yakni menyeksa diri sendiri (maksudnye dapat penyakit tu daripada supplement yg di ambil). Nikmat sihat & sakit ni dari Allah, jadi kita mestilah berikhtiar untuk menjaga kesihatan diri kita & jauhilah perkara-perkara yang menyeksa diri kita yakni yang mendatangkan penyakit.. Jadi, anda pun mesti la buat pilihan bijak tau.. Jangan sebab nak sihat, tapi sebaliknya pulak. Nauzubillahiminzalik..

Nak tahu pasal shaklee?? Boleh hubungi saya. :)