November 24, 2013

Variasi Resepi ESP

Assalamualaikum..

Adakah anda peminat tegar ESP macam saya? Adakah anda nk try esp tpi xsuka minum susu atau berasaskan susu, xkire lah pure susu or soya dan xsuke bau2 susu/soya ni? Adakah anda tergolong dalam sindrom xleh dengn susu debu ni tapi nk sngattttt minum esp sbb nk cantik, nk kulit gebu gebas, nak perbanyakkan susu badan, nak susu badan sedap n baby cepat kenyang.. xleh dengn susu2 ni dipnggil sindrom jgk ke? Hahaa.. ape ape je la ye...

Di bawah ni ade beberapa variasi resepi cara bancuhan esp dan anda boleh pilih cara mana yg anda suka dan jangan lupa try n error ye.. if xsuke cara no. 1, bleh try cara lain dan jgan berputus asa. InsyaAllah lama2 anda akan suka dan jatuh cinta dengn ESP..

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Variasi resipi cara bancuh ESP

Memandangkan ESP ni  one of our best seller.. maka dibwh ni disenaraikan cadangan beberapa cth resipi cara bancuh yg anda boleh cuba..
  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  13. ESP + KOKO + OAT
  14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
  16. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
  17. ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
  18. ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
  19. ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
  20. ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!
*boleh tambah list ini ikut pengalaman anda
_____________________________
Dan ini pula resipi smoothies
Bahan2:
  • Segelas fresh milk
  • 1-2sudu besar natural plain yogurt
  • fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
  • Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
  • 1 sudu kecik madu
  • Serbuk koko (optional)
Cara2 : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm

NOTES:
  • JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
  • Jangan ambil lebih dari 3sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Ha,, amacam? Tergoda x nk try esp ni dengn minuman favourite anda? Macam sedap je, macam best je kan? Memang sedap & memang besttt tau.. 

Tapii..cara sy hanya 1, bancuh dengan air putih biase je n telan.. 






Wahh..sedap2..trliur plak tgok..nasib dh telan tdi. Hihi.. bagi anda yg masih trtnya2 ESP ni penggunaan die untuk bape lame? Jawapan die untuk 1-2 bulan.. jimatkan? Ianya bergantung jgk bape sudu anda makn sehari.. 1-3sudu sehari.. air 2-3liter sehari.. segar bertenaga n kurgkan rasa lapar pun bleh tau.. berbaloi baloi..

Shaklee di hatiku,
Kesihatan kita tanggungjawab kita,


Syidahnur: 0199877468/0138452094






November 21, 2013

Segalanya tentang CAROTOMAX SHAKLEE

Assalamualaikum...

Hari ni nk kongsi info pasal Carotomax Shaklee pulak.. Bagi anda yg mempunyai masalah rabun ke silau ke, boleh amalkan produk ni untuk mengurangkan tahap rabun dan silau tu..

Moh kite bace ape info menarik tentang carotomax ni ye.. credit.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

  • Memelihara kesihatan yang baik. *
  • Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan danpertumbuhan tisu. *
  • Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Carotomax shaklee mempunyai 6 jenis Karetonoids terbaik. Apa 6 jenis karetonoids tersebut? Moh kite study.. credit.

CarotoMax bukan sekadar untuk kesihatan mata, tapi ia mempunyai pelbagai fungsi lain seperti untuk sistem imunisasi, anti-oksidan, anti-penuaan, mengurangkan risiko kanser dan pelbagai lagi. CarotoMax Shaklee mengandungi 6 Karetonoid terbaik iaitu:

1. ALPHA CAROTENE 
Memelihara penglihatan malam. Mata yang sihat. Menghalang degenarasi penglihatan. 

2. BETA CAROTENE 
Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Tingkatkan sistem imunisasi. Kurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat. 

3. LYCOPENE 
Bersifat anti-oksida. Menghalang penuaan organ. Baik untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imunisasi. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat. 

4. ASTAXANTHIN 
Pigmen di dalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Diambil dari mikroalga laut, sumber yang penting dan tulen. Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL. 

5. LUTEIN 
Menyekat katarak, AMD (Penyakit Makular berkaitan umur) dan Glukoma. 

6. ZEAXANTHIN 
Melindungi mata. Menuras cahaya gelombang biru pendek yang merbahaya. Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari endometrial dan serviks.



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Macam mana? Baguskan carotomax ni.. lau anda nk cantik semulajadi tanpa pakai blusher, boleh cuba produk ni.. :) semulajadi tau..

Semoga bermanfaat..

Syidahnur ~ 0199877468 / 0148452094

November 20, 2013

Protin?? penting ke??

Assalamualaikum,, selamat petang sume.. 

Saya hanya nak kongsi info tentang protin.. tahukah anda bahawa pengambilan protin membantu menghasilkan sel-sel baru maka sel mati dan sel-sel lama dapat disingkirkan. Apa kelebihan protin ni dan apa kebaikan protin sebenarnya? Meh kite study sama-sama.

Amaran: entry ini sangat panjang tetapi informative. :) sila baca sampai habis ye. semoga ianya bermanfaat dan dapat membantu anda.

KEPERLUAN PROTIN DALAM DIET HARIAN

Protin hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang, dan banyak lagi. Namun protin ini mudah musnah apabila betada dalam suhu masakan yg tinggi.  Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protin yg ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng, atau apa jua masakan terutama yang bergoreng. 

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem.  

Sel 》Tisu 》Organ 》Sistem

Protin merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protin ditambah dengan protin yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTIN?

Badan kita memerlukan protin untuk membesar!! It's a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Struktur asas badan manusia adalah Sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protin yangencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum - protin diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi & neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada protin - kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protin. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protin.

Protin berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud - 'the first' & badan kita terdiri daripada

1. 66% Air
2. 25% Protin
3. 8% Lemak
4. 1% gabungan mineral & vitamin 100%

TAHUKAH ANDA??

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protin berasaskan KACANG SOYA. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protin soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan JANGKA PANJANG.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN.

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protin secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari KACANG SOYA. Ia memberi TENAGA yang berpanjangan dan MEMBAIKPULIH sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protien Shaklee mengandungi 14 gram protin soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan AIR ( bukan dengan bahan Kimia) bagi MENGEKALKAN SUMBER SEMULAJADI Isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy  protin tidak mengandungi KOLESTEROL DAN LAKTOSA. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Shaklee Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia TIDAK mengandungi PERISA TIRUAN, PEMANIS, PEWARNA DAN BAHAN PENGAWET.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON- GMO SOY!!!

Shaklee hanya menggunakan protin soya yang TIDAK DIUBAHSUAI genetiknya, iaitu Non- GMO ( NON- GENETICALLY MODIFIED ORGANISM), dimana is disahkan melalui Identity Preservation Program. Progran ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah DIPANTAU dengan ketat dan DIKAWAL sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

Ni ESP SHAKLEE.


RISIKO KEKURANGAN PROTIN

1. Anemia ( kurang darah atau kurang oksigeb dalan darah)
2. Penyakit buah pinggang
3. Penyakit hati
4. Kolesterol tinggi
5. Tekanan darah rendah
6. Kandungan gula dalam darah rendah
7. Fungsi saraf tak stabil
8. Ulser perut & usus
9. Luka lambat sembuh
10. Pengaliran darah yang tidak lancar.
11. Penglihatan kurang baik.
12. Badan menggeletar
13. Letih lesu
14. Lemah
15. Tinggi kandungan air dalam tisu badan
16. Terencat akall
17. Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan.

KELEBIHAN ESP INI IALAH :

♥ Membantu membina dan membaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilny sistem. 
♥ Ia penting kepada pembentukkan janin
♥ Juga membantu untuk menambahkan susu.
♥ Menyediakan 14gram protin soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung.
♥ Setiap hidangan membekalkan 50% daripada nilai harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
♥ Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan Prostat, Payudara, dan menepous.
♥ Indeks Glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.

APA YANG ANDA DAPAT SETELAH MINUM EAP NI?

★ Pelajar/Pekerja/Individu Dewasa : As Energy Booster (minum pagi-pagi rasa energetic n x rasa lapar sangat, bonus untuk weight management)
★ Lelaki: Melindungi daripada apa2 penyakit ( hati, kanser dll)
★ Ibu hamil : untuk kehamilan yg sihat - pertumbuhan janin yg baik, less late pregnancy discomfort.
★ Wanita : Keanjalan kulit ( protin penting kepada mereka yg ingin kulit yg CANTIK dan ton warna yang sekata. Mereka mempunyai bekas jerawat yg berwarna  hitam adalah disebabkan kekurangab protin untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yg berwarna hitam tersebut)

Sumber: group jutawan shaklee.

★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Thank pada yg share info ni..

Bestkan esp ni..

P/s: syahidahhh, please disiplin minum esp ni..bagi hilang parut2 jerawat kt muka tu.. ha.. dulu xpernah2 naik jerawat, sekarang siap tinggal parut.. sape suh x jga betul2.. kene telan esp sebtol ni siap wat mandi n masker.hahaa.. 

Jumpa lagi... semoga bermanfaat ye kawan-kawan.


 









Portion Magic Shaklee

Assalamualaikum....

Seperti yg anda semua sedia maklum, bulan ni shaklee ade buat promosi ViViX.... sekarang ni, sy nk kongsi tentang vivix shaklee ni yg ramai org duk cakap ianya ajaib dan terbaikkk... dan sememangnya vivix shaklee adalah yg terbaik..

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Jom baca info segalanya tentang vivix shaklee ni yg telah dikongsi oleh mak shaklee saya ni..


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ianya mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Apa itu Polifenol? 

Polifenol adalah kelompok zat kimia yang ditemukan pada tumbuhan. Zat ini memiliki tanda khas yakni memiliki banyak gugus fenol dalam molekulnya. Polifenol berperanan dalam memberi warna pada suatu tumbuhan seperti warna daun ketika musim gugur. Pada beberapa kajian disebutkan bahwa kelompok polifenol memiliki peranan sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan. Antioksidan polifenol dapat mengurangi risiko penyakit jantung, pembuluh darah dan kanser.Terdapat penelitian yang menyimpulkan polifenol dapat mengurangi risiko penyakit Alzheimer. Polifenol dapat ditemui pada kekacang, teh hijau, teh putih, anggur merah, anggur putih, minyak zaitun, coklat hitam, dan delima. Kadar polifenol yang lebih tinggi dapat ditemukan pada kulit buah seperti pada anggur, epal, dan jeruk.



Bahan2 yg terkandung di dalam Vivix :


1- Anggur Muskat (Muscadine) 

★ dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. 

★ Anggur muskat dan bijinya adalah sumber terbaik antioksidan, mempunyai ciri antiradang..merupakan anggur yg paling tinggi nilai resveratrol
★Resveratrol adalah polyphenol yg dipanggil phytoalexinmempunyai 40 kali ganda lebih polifenol berbanding anggur lain.
★Terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular* Menurunkan tahap gula dalam darah selain Melambatkan proses penuaan. Mengandungi asid ellagik (satu pythonutrien yg tdk dijumpai pada anggur2 lain). Asid ellagik berfungsi MEMBANTU menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria
* Kardiovaskular : Sistem peredaran darah dalam tubuh manusia yang terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot.
sumber


2- Elderberi



tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara.

digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema
antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

3- Polygonum Cuspidatum




♡ sejenis pokok saka terbesar di Asia

sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah
♡kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, 
merendahkan tekanan darah dan mengurangkan 
lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh

4- Lobak Ungu



sumber vitamin A terbaik

mengandungi fitokimia ANTHOCYANIN iaitu sejenis antioksidan yg kuat dan tertinggi yg MEMBANTU anti-bakteria, anti-radang penyakit, mengurangkan penyakit koronari (risiko penyakit jantung) serta bagus utk penglihatan.

Vivix™-supplemen anti penuaan terbaik di dunia kerana ia adalah suplemen pertama di dunia yg mampu menembusi DNA manusia.



BAGAIMANA??

♥ Melindungi & Memperbaiki sel DNA manusia --> setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yg mampu merosakkan DNA. Serangan ini akan merosakkan pengkalan data genetik (kanser boleh terjadi), mengganggu fungsi sel dan usia kita.
Mengawal genetik & seterusnya mbantu melambatkan penuaan sel
♥ Membantu meningkatkan tenaga dlm sel --> tenaga dlm tubuh ditingkatkan dengan pembentukan mitokondria yg baru (mitokondria adalah penjana tenaga dlm tubuh)
♥ Melambatkan Pembentukan AGE (anvanced glycation end products) --> Penimbunan AGE akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan vivix 10x leih kuat dr resveratrol mampu melambatkan penbentukkan AGE.
♥ Masyarakat di barat mengambil wain merah utk mendapat resveratrol..
  • namun kajian menunjukkan kesan alkohol boleh memberi kesan negatif pada badan.


Vivix adalah salah satu altenatif yg selamat dan HALAL telah dikeluarkan oleh Shaklee..

♡ 1 sudu teh vivix mengandungi resveratrol yg bersamaan 100 gelas wain merah!
♡ vivix adalah 10 kali lebih hebat drp resveratrol itu semata-mata.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Teruja x dengan magic portion ni? Saya lagiiiiii teruja...

Meh2 cuba selagi masih promosi ni..harga memang mampu milik..rugi x beli masa promosi ni.. tinggal bape hari je lgi sebelum promosi ni tamat..

Syidah Nur
0199877468/0138452094
Sid: 883791

November 19, 2013

Motivasi pagi

Assalamualaikum....


Selamat pagiiii...

Subhanallah, sentiasa mengingati Allah S.W.T buatkan hati n jiwa rasa tenang..

Subhanallah, indahnya kekuasaanMu ya Allah... bile bersemangat ingat Allah, bile x bersemangat pun ingat Allah.. Allah sentiasa ada..


P/s: keep praying n saying thank you Allah..

Semoga memberi ketenangan dan manfaat untuk anda semua.. Muhasabah diri sendiri.



SYIDAH NUR
SID: 883791
0138452094/0199877468