December 17, 2013

Shaklee ke Herbalife eh? Mana 1 pilihan hati anda?

Assalamualaikum...

Hai semua..tajuk macam gempak je kan? Bukan apa, masa saya search pasal cinch shake Shaklee, sy jumpe la info ni.. so, saya nak share dengan anda semua.. bukan nak cakap produk tu bagus n produk tu xbagus.  Saya cuma tertarik dengan sharing akak ni.. lets check it out.. credit sikit kat akak yg share tu..thanks ye kak. :)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Slimming : Shaklee vs. Herbalife

OK hari ini saya nak buat sedikit perbandingan pengurusan berat badan dua jenis produk yang semakin popular dan 'logik' pada pendapat saya la. walaupun sebenarnya anda boleh slimming secara semulajadi dengan mengamalkan kalori defisit serta bersenam, tetapi realitinya kebanyakan orang menjalani gaya hidup yang tidak kondusif seperti kekangan masa dsb. dan juga tak cukup kekentalan hati. Maka sedikit 'bantuan' diperlukan dalam proses nak kurus secara sihat, iaitu supplement dari Shaklee ATAU pengganti makanan dari Herbalife.
eh kuih goyang tu pun sodap..real food haha
Saya pernah mengamalkan Herbalife jadi saya amat faham logik di sebaliknya. Saya tak berjaya mengurangkan berat sangat kerana sifat saya yang gemar makanan. Herbalife menawarkan pengganti makanan dengan Formula 1, Formula 3 yang tinggi protein serta teamix yang membantu metabolism. Herbalife mencadangkan penggantian dua hidangan harian dengan pengambilan formulanya yang tinggi protein dan rendah kalori. Bila anda dapat mengawal keinginan terhadap snek2 manis serta pengambilan karbohidrat lainnya, maka mungkin akan dpt mengurangkan berat dengan jayanya.

Shaklee pula menawarkan 2 supplemen yang berfungsi untuk detox dan bakar iaitu Herblax/Alfalfa dan juga Lecithin/Omega Guard. Kemudian ada juga produk seakan Formula 1/Formula 3 dari Herbalife iaitu Cinch Shake, dan ESP Soy Isolate Protein dan juga produk seakan Teamix iaitu Cinch Tea.
cinch tea untuk metabolism

Apa yg berbeza antara ESP dan F1/F3 adalah kandungan protein dalam ESP ada 50g dalam setiap 100g, manakala F1 ada 35g protein setiap 100g, manakala F3 pula 83g setiap 100g. ESP bukan produk pengurusan berat badan yang disyorkan Shaklee akan tetapi Cinch Shake merupakan produk yang dicipta untuk tujuan itu. Apa yg berbeza dengan Herbalife, Cinch Shake diformulakan dengan LEUCINE, yang berupaya mengekalkan otot semasa penurunan berat badan.

LEUCINE adalah protein penting yang sering digunakan oleh atlit. Ia berfungsi :


  • memberi rasa kenyang lebih lama
  • beri signal kepada tubuh untuk mengekalkan otot disamping menambahnya
  • menyokong penambahan kadar metabolic akibat daripada pengekalan otot.
Jadi pengambilan Cinch akan mempercepatkan proses penurunan berat dengan fungsi formula LEUCINE yang wujud di dalam Cinch Shake. 
Cinch Shake diformulasi untuk membreakoutkan dari kitaran diet tidak sihat

Set slimming Shaklee yang juga datang dengan fungsi detox, dan pelarutan lemak juga membantu banyak dalam memberi keberkesanan yang lebih kepada program diet anda.

Apa pun dalam apa jua program diet Herbalife ke Shaklee ke, jika anda tak kawal pemakanan dan melantak juga macam biasa, memang agak sukar nak nampak kesan cepat. Susah juga jika Lecithin tu dijadikan passport untuk melantak dengan lebih banyak..susah nak kata..huhu

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Itu lah die ceritanya.. Kesimpulannya, makan la ape2 produk pun, lau xkawal makan, berat mmg xturun la, maybe makin naik ade la.. n yang penting DISIPLIN!! 

Tu je yg saya nk share dengan anda semua untuk hari ni.. buatlah pilihan bijak untuk anda ye.. bijak memilih, menang memakai.. eh betul ke ayat tu? Hihi..

P/s: entry ni xde niat nk burukkan atau condemn mana2 pihak.. ianya hanyalah perkongsian tentang pengalaman dan pendapat penulis sahaja.. harap tiada pihak yg tersinggung..


No comments: