April 21, 2014

Takut Apa???

Selamat pagi semuaaaa...

Alhamdulillah, harini berkesempatan menonton rancangan celik hati yang saya selalu nanti2 kan, tapi selalu miss. Sebab x ingat bila waktu siaran rancangan tu.hihi..

Okey, saya nk kongsikan dengan anda semua apa ilmu saya dapat dalam rancangan celik hati td. Tajuk perbincangan tadi adalah Takut Apa? 

4 punca takut x bertempat:
1. Pengalaman lalu 
♡ contoh fobia eksiden kereta dan rasa fobia tu buat kita takut nk bawak kereta.

2. Kata2 negatif dari org sekeliling.
♡ contoh dari ahli keluarga sendiri. Ayah tengok anak tekun belajar, tapi ayah ni bagi kata negatif kat anak tu, buat ape belajar usaha lebih, keluarga kita ni xpandai, akan buatkan anak tu takut nk mencuba sebb kata2 negatif tu. Berusaha pun xcerdik jugak.

3. Salah fokus dalan kehidupan.
♡ contohnya, eh kau kenapa xambik lesen kereta lagi? Aku bukan xnak ambik, tapi aku takut bile aku ambik lesen, aku eksiden nanti. Die fokus pada eksiden tu, benda yg x pasti berlaku lagi buat die rasa takut.

4. Andaian2 negatif.
♡ sesuatu tu x berlaku lagi, tapi kite dah ade andai-andaian negatif. Contohnya, kalau aku buat ni, mesti org kata, mesti org kutuk. Takut sangat dengan kata2 orang. Lebih2 lagi kata2 negatif dari diri kita sendiri. Kalau kita asyik fikir orang kata, akan memberi kesan pada kemajuan kita. 

' Orang berjiwa besar, akan tengok masalah tu kecil, tapi orang yang berjiwa kecil akan tengok masalah tu besar'

Jenis2 takut dalam masyarakat kita:
♢Takut nak mencuba
♢ Takut orang kata
♢ Takut gagal

Ade 3 fasa untuk buang rasa takut gagal:
■ TETAPKAN MATLAMAT DENGAN JELAS.
■ ADA STRATEGI.
■ DOA & TAWAKAL.

3 golongan org yang takut:

1. Lari & menghindarkan diri dari cabaran
》 susah sikit, xnak try buat dah.
》 xnak cabar diri
》 Baby yg baru belajar nak berjalan, akan terus bangun kalau die jatuh. Kite, kalau jatuh, terus jatuh, xnak cabar diri, ape akan jadi pada kita hari ni? Mungkin kite terus merangkak dalam kehidupan kita , org lain ade yg terbang dah. 

2. Pasrah & menyerah.
》 bile miskin, pasrah je, dugaan dtg redha je. 
》 kite x patut pasrah dan menyerah je, Allah bgi kita akal, suruh kita usaha dan selesaikan masalah. Segala usaha tu tercapai atau x, kite kene usaha sungguh2 dulu, baru menyerah dan bertawakkal pada Allah.
》 pointnya, kene usaha dulu, buat betul2 dan sungguh2 baru serah kat Allah. Dia nk bagi ke x atas Dia. Maybe Dia bagi tpi lambt atau terus bagi. 

3. Bijak & Sabar dalam menghadapi ketakutan
☆ perlu ada ilmu. Dengan ilmu kita boleh urus rasa takut tu dengan lancar 
☆ kene redha, sabar, ade hikmah disebalik kejadian. 
☆ lawan rasa takut tu, dare to change. 
☆ buang andaian2 negatif dalam diri. 
☆ yakin Allah di sisi kita. 
☆ kalau kita berusaha, kita dapat 2 perkara: 1. Kejayaan 2. Kejayaan yg tertangguh. Kalau kita x cuba, kedua2 perkara ni kita x dapat. 

Apa yang berlaku pada kita x penting, tapi apa yang berlaku dalam fikiran kita tu lagi penting. (Menakut-nakutkan diri sendiri)

Prinsip2 takut:
1. Terima rasa takut sebagai jalan untuk memajukan diri sendiri.
2. Takut pada kawalan diri kita je. 
3. Atasi rasa takut dengan keimanan.
4. Takut biar bertempat.

4 perkara penting kita kene semat dalam diri:
1. Beranikan diri dalam perkara2 kebaikan.
☆ moving forward. Fikir apa kite nak, bukan fikir apa org kata. 
☆ contoh nak berubah, jangan fikir ape org akan kata, kutuk kita ke, orang xnak kawan ngn kita ke, tapi fikir apa yang kita nak dalam hidup, nak bantu orang, nak pahala lebih. Jadi kita buat la apa yang kita nak tu. 

2. Mantapkan keimanan akan mengurangkan ketakutan.
☆ beriman pada Allah.
☆ Orang beriman sangat mencintai Allah. 
☆ takut pada Allah, buat diri kita dekat dengan Allah.

3. Tiada istilah kegagalan, yang ada hanyalah pengajaran.
☆ kalau gagal dalam peperiksaan, x berkmana kita gagal dalan kehidupan.
☆ Orang yang A dalan peperiksaan, tapi F dalam kehidupan dan orang yang F dalam peperiksaan, akan A dalam kehidupan. 
☆ Orang yang gagal, x semestinya dia gagal selamanya. Allah bagi kita ujian gagal dulu supaya kita berusaha, bangkit dan belajar dari kegagalan tu. Pengajaran kepada kita untuk teruskan kehidupan.

4. Kebanyakan rasa takut berpunca dari andaian2 negatif dalam diri kita.
☆ perkara tu langsung x berlaku, tapi kita dah buat andaian2 pelik. 
☆ contoh: kita x buat lagi bisness tu, tapi kita dah fikir macam2, boleh laku ke, boleh habis ke jualan; ramai ke orang beli. So, jangan biarkan andaian-andaian tu merosakkan diri kita. Jangan fikir negatif sebelum buat sesuatu perkara. 

"Jadikan ketakutan sebagai jalan menuju kejayaan"

Takut tu boleh, tapi jangan takut yamg melebih2. Allah bagi kita rasa takut supaya nak bagi jalan pada kita keluarkan potensi diri. Maksudnya kalau kita takut nak berbisness, tapi kita tepis rasa takut tu, dan andaian2 yang negatif yang kita pernah andaikan tu pun xpernah berlaku pun lepas kita atasi rasa takut tu. Allah bagi kita rasa takut supaya kita lebih dekat dengan Allah, dan supaya kita lebih mengingati Allah. 

Kita xperlu takut, yang perlu kita takut adalah pada Allah je.

Tu je la perkongsian dari saya untuk tajuk ni. Mana yang kurang tu, dari diri saya sendiri, dan yang baik tu semua datang dari Allah S.W.T.

Salam ukhuwah, 
Syidah Nur 0199877468

April 20, 2014

Apa saya dapat dengan join SHAKLEE?

Assalamualaikum..

Salam petang sume.. Ade yang tengah ngantuk n tahan ngantuk ke? Alhamdulillah, pas ambik cinch tea pagi tadi, xde rase mengantuk lagi setakat ni. Aktif ade la.hihi. Bese la, nk kurus ni, kene banyak bergerak kan?

Berbalik pada tajuk entry ni. Apa saya dapat lepas join shaklee?

Bisness shaklee merupakan MLM, tetapi ianya MLM yg patuh syariah. Bukan MLM yg skim cepat kaya dan bukan jugak MLM yg tarik, tarik, tarik dan paksa orang join. BIG NO pada MLM yg amalkan bisness sedemikian.

Apa yg saya dapat adalah:

Ni teori saya reka sendiri.

Selain daripada apa yg Shaklee bagi iaitu 3C [Cash, Car Bonus & Conference], teori diatas jugak saya dapat dengan join shaklee. 

1. B - Bantu, Bonus.
♡ Bisness shaklee bukan hanya untuk BANTU diri saya sendiri, tapi Bantu orang lain juga. Ia juga BONUS bagi saya bila saya bantu diri saya, automatik saya bantu orang lain jugak.
♡ CONTOH: Dalam sibuk nak tingkatkan kesihatan sendiri, saya bantu untuk tingkatkan kesihatan orang lain juga. Bonusnya adalah, win win situation.
♡ Contoh 2: Saya nk capai BONUS tertentu dalam shaklee, bile dah dapat, automatik saya bantu anak2 buah saya capai bonus tertentu jugak, malah lebih lagi.

2. I - Ilmu, Impian.
♡ Selepas join shaklee, banyak ilmu saya belajar n dapat. Bukan hanya ilmu marketing untuk bisness tapi ilmu akhirat. Sebelum ni, amalan rohani memang low n boleh cakap 0, tapi bile dah join shaklee, amalan rohanilah yang ditekankan. Alhamdulillah, semakin meningkat & berusaha Istiqamah. INSYAALLAH.
♡ Selepas join shaklee jugak saya boleh berImpian. Maksud saya, IMPIAN Besar dan bukan sekadar angan-angan. Ada beza, impian & angan2. IMPIAN tu apa yg kita tulis dan gambaran secara visual kita nak jadi macam mana. Angan2 tu hanya bermain2 di minda dan ianya akan berlalu pergi. Alhamdulillah, saya mempunyai impian dan akan capai impian tersebut dalam beberapa tahun je lagi. INSYAALLAH. Impian untuk diri sendiri & impian orang lain jugak.

3. S - Support Group & Sharing.
♡ Alhamdulillah, saya join shaklee dalam group yang betul dan support group yang kuat. Alhamdulillah, saya dapat tepis minda2 negatif bile ada dalam support group yg berminda positif. Dengan support group ni lah, saya dapat tepis kata2 negatif yang mana, aku boleh buat shaklee sendiri n sorang2. Memang SALAH sama sekali tanggapan mcam tu. Sebab tu pentingnya support group kerana kita nak berjaya kita xboleh bersendiri tapi berkumpulan. Dengan adanya kumpulan yg positif, kite automatik akan bergerak ke arah prositif.. Dan yang bestnya, bukan hanya fokus kat diri kita je nk berjaya, tapi automatik kita tarik org lain untuk berjaya sama-sama dengan kita. Best kan?
♡ Sharing. Bisness shaklee ni, bukan berkonsepkan selling, selling, jual, n jual. TETAPI berkonsepkan Sharing, sharing, kongsi & kongsi. Kita kongsi kebaikan produk shaklee, bukan hanya nk jual semata-mata. Win win situation kan? Orang dapat tingkatkan kesihatan, kita dapat pahala sebab berkongsi dan bantu mereka menambah nilai dalam hidup mereka. Kesihatan merupakan nilai hidup yang paling penting tau.



4. M - Mentor, Motivasi
♡ Mentor juga penting dalam bisness ni. Mentor merupakan role model dan menjadi ikutan. Alhamdulillah, saya telah memilih mentor yg baik untuk dijadikan role model dan mentor saya banyak bantu saya dan banyak berikan sokongan. Alhamdulillah, thanks mummy & nanny. Kalau kite down, ke xtau jalan, sesat jalan ke, mentor la kita cari dulu. Mentor yg akan guide kita n tunjuk jalan kat kita. Kalau kite pilih mentor yg salah, jalan salah la yg die tunjuk, kalau x bernasib baik, x tunjuk jalan langsung. Jadi, hati2 lah memilih mentor.
♡ Motivasi penting untuk buat sesuatu bisness. Bila asyik duk dengar suara halus dalam diri, bile la nak ade motivasinye. Dahtu, suara halus bagi kata2 negatif, memang xjalan langsung. Mentor la yg bagi motivasi kt kita supaya kita berada di jalan yg betul. Mentor pun nk jaga anak ramai, jadi pandai2 la luangkan masa untuk naikkan semangat dan motivasi. Motivasi boleh dapat dengan berbincang dengan mentor, hadir kelas, coaching dan aura magic untuk naikkan motivasi yg down nk cecah lantai dah. Alhamdulillah, leader2 shaklee yang hebat2 xpernah kedekut nk coaching n bagi motivasi, atas kite nk hadir ke x n nak dengan cakap leader ke x n nk buat ke x ape yg leaders suruh.

Dan semua2 yg saya dapat ni, semua dengan izin Allah. Allah bukakan hati saya nk try shaklee, nk join shaklee n jumpa mentor yg hebat, semuanya atas kehendak Allah. Allahuakbar, Alhamdulillah.

Semua2 ni saya dapat lepas saya join shaklee. Dulu xambik port pun pasal motivasi, mentor, impian tu sume. Ye la kan, dulu fokus belajar sebab nk ilmu bagi lulus exam je. Tapi mmg lulus la exam tu, ilmunye, xtau ke mane. Seriously saya pernah pkir mcam tu sampai minda asyik sebut tu je sebab mmg dah set kan dari awl lagi. Allahuakbar, ceteknye ilmu saya dulu. Alhamdulillah, sekarang dah banyak belajar n masih terus belajar sampai bile2 akan terus belajar.

Dah panjang lebar bercerita. Sampai sini je dulu ye saya nk share tentang tajuk ni. Jumpe di lain entry pulak.

Salam ukhwah.
Syidah nur 0199877468

April 18, 2014

Pengganti Susu

Assalamualaikum..

Salam malam minggu. Rase nk menulis pulak malam ni.

Okey, ade x dikalangan anda ni tak suke minum susu? Tak boleh nak telan. Bau susu pun tak boleh? Habis tu macam mane nak dapat khasiat kan dah susu pun tak minum. Ye la, maksudnye susu kan bagus untuk kesihatan tulang dan yang penting nak elakkan kerapuhan tulang, iaitu penyakit Osteoporosis.

Lebih mengejutkan, 80% pesakit Osteoporosis adalah di kalangan wanita.. Jadi, wanita2 di luar sana, jangan jadikan diri anda salah seorang daripada 80% tu. So, kene la amalkan minum susu dari sekarang..

Sekarang ni, ape2 pun dah canggih, xleh minum susu, boleh makan pil. Pil kalsium. Dekat farmasi pun ade jual pil kalsium ni.. yang paling penting, SHAKLEE pun ade pil kalsium tau.. Namenye Ostematrix.


Inilah die pil kalsium pengganti susu tu buat anda yang tak suka minum susu. Pil ni, mudah ditelan, xde la besar sangat pun. Sebotol ade 120biji, ambik 4 biji setiap malam sebelum tidur setiap hari untuk mendapat kesan yg memuaskan.

Ha, nk bagitahunye kat sini,  bulan April 2014 ni ade promosi. Beli 6 dapat 7 tau. Ha, bukan senang Shaklee nak buat promosi ni.. Setahun sekali je. Jadi, anda anda anda dan anda semua perlu la dapatkan Ostematrix pada bulan ni sahaja ye untuk promosi ni..

Tiada alasan untuk anda yg xsuka minum susu sebab dah ade pengganti susu.. hihi

Jom sihat dan jaga tulang dengan baik. Elak Osteoporosis.


Syidah Nur 0199877468

BENGKEL NUTRISI SHAKLEE APRIL 2014

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.. Alhamdulillah, pagi jumaat yg baik, cerah & ceria. Harap anda pun begitu juga ye..

Okeh, berbalik pada tajuk, baru-baru ni SHAKLEE ade buat kelas nutrisi kat PRINZ PARK HOTEL, Kuala Ibai.. Alhamdulillah, saya berkesempatan pergi bersama suami.. Asalnya nak g dengan sideline, die ajak saya teman sebab die x pernah pergi lagi, tetapi anak die x sihat. Kesian die, semangat nak pergi tapi ade masalah lain pulak. X pe la, itu la cabaran nak menuntut ilmu... hehe.. InsyaAllah, nanti shaklee ade buat lagi, nanti boleh pergi lagi ye kak.. Kesihatan anak lebih utama. 

Ade ape eh kat bengkel nutrisi ni? 

Kita akan dengar penerangan dari pakar nutrisi. Pakar nutrisi shaklee akan menerangkan kat kita semua jenis produk vitamin shaklee. Die akan terangkan kepentingan produk, vitamin tersebut sesuai untuk siape dan macam2 lagi. 

Ms. Celline

Ni die speaker ari tu, dengan sorang lagi Ms. Zu.. xde ambik gmbr die.. kulit2 dorang ni sume cantik2 n licinnnn je.. kusyuk dengar penerangan dorang sambil x puas tilik muka diorang. Hahaha..


Full house
Dewan penuh dengar pencinta2 ilmu. Bagi yang baru2 join shaklee memang bagus hadir ke begkel nutrisi ni. Bagi dapat gambaran n penerangan tentang vitamin-vitamin shaklee.. Slide-slide pembentangan pun ringkas dan padat. Xde la kite nk fokus kt slide je kan nk tgok ayat2 di tulis tanpa dengar penerangan dari speaker. Maklum la kusyuk duk tulis, yg speaker cakap xdengar. 

 
Tulis - tulis jangan x tulis.

Lebih baik dengar penerangan dari speaker. Yang keluar dari mulut speaker tu yg penting. Sebb dekat slide tu, dalam buku pun ade. Hehe..

Buku nota 

Buku nota ni, semua orang dapat bila hadir ke bengkel nutrisi. Buku nota ni la kite gune untuk catat2 ape yg speaker bagitau. Buku nota ni ala2 isi tempat kosong.heheh.. Dalam buku nota ni, semua jenis vitamin ade ditulis berserta penerangan. Kita cuma tulis kat tempt yg kosong2 je.. Contoh, vitamin c diekstrak daripada _______________. Macam tu laa lebih kurang. Ala2 budak sekolah rendah tu.hihhi.. Senang la kan, xyh nak tulis panjang2. Betul x?

Tempat minum

Yang ni yang best.. Ade disediakan tempat minum2. Boleh bancuh ESP & Performance Drink. Ha, sukati nak mnum bape kali pun.. hihi.. Aritu kebetulan duk seat belakang, memang dekat la ngan tempat ni, syok laaa.. xyah jalan jauh2 ambik minuman, n xbuang mase nk dengar penerangan kan.. hihi. Tapi jangan la niat g bengkel nutrisi semata-mata nak g minuqm2 pulak kan. Kurang pahala nak menuntu ilmu tu. 

Sijil

Last sekali, bile dah habis bengkel, kita akan dapat sijil ni. Sebagai penghargaan la kat kita sebab hadir ke bengkel nutrisi ni. Sekurang-kurangnya dapat sijil sebagai kenangan kan. Ilmu pun dapat, sijil pun dapat.

Tu gambaran ringkas bila kita hadir ke bengkel2 nutrisi yang shaklee anjurkan. Ade beberapa aktiviti lain jugak masa bengkel tu antaranya ialah kuiz. Speaker2 akan buat kuiz ringkas, sape boleh jawab dapat hadiah vitamin. 

Selain tu aktiviti untuk peserta jugak ade mcm aktiviti berkumpulan. Kita akan dapat kertas kecik, kertas tu dah siap2 tulis penerangan tentang sesuatu produk. Kita cari produk mana yang sesuai dengan penerangan tu dan kita berlari ke tempat vitamin tu, dan sape cepat yg tubuhkan kumpulan dapat hadiah... Contoh aritu ade group vivix, carotomax, omega dan lain2. Dalam group tu kite kene buat perbentangan dan group mane yg buat perbentangan bagus, dapat hadiah.. hehe.. Aritu dapat kumpulan yg xbest, xde commitment n xbape sporting... so saya pun x bape syok la.. tpi enjoy la jgk.. hehe

Last sekali aktiviti bergambar. Kita semua perlu berkumpul dengan memegang sijil masing2 dan ambik gambar sebagai bukti bengkel tu berjaya dijalankan dengan baik. Nanti masuk majalah Shaklee Today. Keluaran bile xtau.. haha..

Ape yg best bengkel nutrisi ni, anak2 dibenarkan masuk. Boleh bawak baby, kanak2 join bengkel nutrisi ni. Xde masalah. Yang xleh tinggal baby sebab menyusu, boleh je bawak. Ramai jugak baby aritu. Ade yg behave ade yg buas. Tapi bengkel berjalan lancar je.hehee..

Tu je la gambaran nya.. Oh ye, sesiapa nak hadir kene dapatkan tiket dulu kat branch Kota Bharu ataupun beli dengan master terdekat di kawasan masing2. Perlu bayar rm40 untuk tiket, anda dapat semua yang saya bagitahu tu berserta makan tengahari buffet.. ha, buffet tu, bukan nasi bungkus okey..

Memang berbaloi. Suami pun excited nak pergi lagi, siap tanye bile pulak ade bengkel nutrisi ni. Alhamdulillah, die banyak sokong saya sekarang ni, dulu xbape nak bagi saya join2 kelas2 n bengkel ni. Sekarang, die pulak yg suke... Double triple happy, sebab lepas ni, ajak die join ape2 bengkel xde masalah asalkan buat kat Terengganu... 

Panjang bercerita, yg tu dulu untuk masa ni ye. Salam sayang dari saya... 

Senior Coordinator to be
Syidah Nur 0199877468