January 23, 2013

Hilang 3KG sehari??

Assalamualaikum,,,

Biar betul?? Dapat ke nk diet turun 3KG sehari? Nak try la,,hihihi.. Macam mana nk buat/diet macam ni eh? Jom baca petikan artikel yg saya ambil dari MAJALAH RAPI.

Anda ingin mengamalkan diet AIR PUTIH? Bagi anda yg ingin melakukannya, anda harus MENJAUHI semua makanan yang PADAT, sebalinya perbanyakkan MINUM AIR PUTIH. Jangan risau, walaupun tanpa makanan padat, badan anda masih boleh bertahan kerana ANTIBODI BADAN mampu mengawal selama beberapa hari tanpa MAKANAN.


PERHATIAN!!!

Tidak semua orang boleh melakukan diet air ini terutamanya anda yang mengalami MASALAH KESIHATAN lain seperti penyakit JANTUNG, DIABETES, dan sebagainya.  Beberapa SYARAT yang perlu dipetimbangkan ketika melakukan diet AIR PUTIH:

  1. Seseorang yang melakukan DIET AIR PUTIH mestilah mengatur sebarang aktiviti yang dilakukan.  JANGAN sesekali melakukan aktiviti yang memerlukan BANYAK TENAGA dan BOLEH MENGELUARKAN PELUH yang BANYAK.
  2. Sebelum anda ingin melakukan diet air putih, pastikan anda mendapatkan NASIHAT dari pakar, lebih-lebih lagi anda yang mempunyai masalah kesihatan JANTUNG & DIABETES.
  3. Jika anda melakukan DIET AIR PUTIH lebih dari seminggu tetapi tidak boleh meninggalkan rutin lain yang biasa dilakukan, anda boleh memasukkan JUS BUAH.
  4. TIDAK dibenarkan sama sekali diet menggunakan AIR MINERAL.  Anda harus menggunakan air suling yang MEMPUNYAI sifat magnetik untuk meningkatkan proses DETOKSFIKASI.
  5. 8-10 hari sebelum anda melakukan DIET AIR PUTIH, anda perlu makan lebih banyak BUAH dan SAYURAN, MINUMAN JUS SAYURAN & JUS BUAH.  Ini untuk membantu mempersiapkan Badan untuk detoksfikasi.
  6. Dalam tempoh anda melakukan diet ini, KEMUNGKINAN anda mengalami masalah PENING dan PUSING secara tiba-tiba.  Jadi, anda diingatkan supaya berhati-hati ketika BERDIRI, MENARIK & MENGHEMBUS NAFAS untuk meningkatkan PENGALIRAN DARAH.
  7. Jauhi makanan BERAT yang BERLEMAK, BERMINYAK, dan makanan PEDAS.  Elakkan makan secara berlebihan. Jika anda tidak mengubah KEBIASAAN makan, KEMUNGKINAN BERAT BADAN anda akan BERTAMBAH dengan CEPAT.


Saranan pakar GIZI :

  • Lakukan DIET air putih selama 10 hari terutamanya bagi anda yang mempunyai ketahanan FIZIKAL yang baik.  Dalam tempoh ini, ia dapat membantu meningktkan proses DETOKSFIKASI.
  • Untuk diet ini, anda perlu minum air sebanyak 7-10 gelas air putih/air suling setiap hari dan dikatakan dapat MENURUNKAN BERAT BADAN sebanyak 2-3kg sehari.
  • Selain AIR PUTIH, anda boleh melakukan diet air dengan MENGAMBIL makanan yg BERBENTUK cair seperti SUP, JUS BUAH, TEH atau KOPI TANPA gula / Krim.  Pastikan buah juga mengandungi BANYAK AIR.
MANFAAT LAIN DIET AIR PUTIH :   

Menurut ilmuan, BRENDA DAY, seseorang yang diet dengan minum air putih selama 12 minggu sebelum makan sebanyak 3 KALI SEHARI, mereka dapat MENGURANGKAN berat badan sebanyak 2-3kg sehari.
Oleh itu, banyakkan minum AIR PUTIH kerana ia adalah cara mudah, menyihatkan tanpa ada kesan sampingan selain membuang TOKSIN dalam badan dan melancarkan PENGHADAMAN. 

Beberapa sebab AIR PUTIH boleh membuatkan tubuh anda sihat :


  • LEBIH KENYANG :* Sebelum makan hidangan utama, minumlah segelas air putih.  Hasilnya = membuatkan kita tidak terlalu LAPAR sehingga jumlah makanan BERKURANGAN. * Minum air putih dalam jumlah yang cukup = membantu meningkatkan METABOLISMA badan & Mengurangkan keinginan untuk mengunyah. * Tidak dinafikan, keinginan untuk makan timbul akibat rasa haus.
  • TINGKATKAN METABOLISMA BADAN : * Ia membantu anda kerana apabila badan kekurangan CAIRAN, METABOLISMA berjalan dengan lebih lambat & proses PEMBAKARAN LEMAK pada badan berada pada tahap MAKSIMUM. * Ahli kesihatan turut mengatakan dengan minum segelas air suam setiap pagi, ia dapat meningkatkan FOKUS pada FIKIRAN.
  • REHIDRASIKAN BADAN : * Jika seseorang mengalami dehidrasi, tindakbalas pada badan akan menjadi lambat & boleh mengakibatkan seseorang itu jatuh sakit.  * Badan memerlukan cairan agar dapat BERFUNGSI dengan lebih baik. Tambahan lagi, ia akan MEMBUATKAN KULIT anda menjadi HALUS, LEMBAB, dan RAMBUT lebih SIHAT.
  • MENGELUARKAN TOKSIN DALAM BADAN : * Apabila anda minum air dalam jumlah yang cukup, badan anda akan mengeluarkan toksin dalam badan terutamanya ketika aktiviti membakar kalori.  Kekurangan CAIRAN juga boleh menybabkan PEMBENGKAKKAN pada pergelangan kaki.
  • OTOT-OTOT TETAP SIHAT : * Air membantu dalam pembentukan otot-otot dalam badan.  Apabila badan terhidrasi dengan BAIK, anda pun dapat BERSENAM dengan MAKSIMUM.  Selain itu, Air dapat membuatkan anda lebih segar selepas melakukan senaman yang berat.
  • KESIHATAN BADAN TETAP STABIL : * Jika proses PENGHADAMAN dan KESIHATAN badan anda TIDAK STABIL, ini akan menyukarkan anda untuk MENURUNKAN BERAT BADAN secara maksimum.  Bagi anda yang mengalami masalah penghadaman, air dapat MEMBANTU untuk memudahkan PENGHADAMAN dengan sempurna. 
  • MENJAGA KESIHATAN SELURUH ANGGOTA BADAN : * Seseorang yang minum air yang CUKUP setiap hari mempunyai KADAR KOLESTEROL yang lebih RENDAH, kesihatan yang lebih BAIK, dan memperbaiki FUNGSI HATI dengan maksimum.  * Sistem IMUNISASI anda lebih BAIK, TIDAK mudah SAKIT, dan LEBIH BERTENAGA ketika bersenam.
Bagi anda yang ingin mencuba diet ini, anda perlulah mendapat nasihat pakar sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan.  Saya pun nk cuba la,,hahhaa,,biar slim melim sebelum naik pelamin,,hikhikhik.

Sekian perkongsian saya untuk hari ni.

Thanks for reading.  Have a nice day! :) 


No comments: