May 29, 2014

ESP ni betul ke buat kita rasa kenyang & bertenaga???

Assalamualaikum.

Selamt pagi.. Apa cita anda semua?? Hihi. Dah breakfast belum? Alhamdulillah, saya dah breakfast dengan ESP & CINCH CHOC.. Super duper sedapppp...

Ok, berbalik pada tajuk, betul ke ni?? Betul la.. Saya yakin & percaya sebab saya dah amalkan.. ESP tu minuman wajib saya ambil setiap hari. Kalau x minum sehari rasa tak best, dan rasa hari tu lain macam je. Macam ade yang tak kene..hihih... Hebat kan penangan ESP ni..

ESP jugak buat kita rasa kenyang lebih lama.. Memang betul pun. Ade customer saya bgtau memang rasa kenyang, kadang makan nasi 2 hari sekali... bagus untuk yang nak slim kan?

Kalau saya minum ESP pagi2 dalam pukul 7 lebih berserta dengan minum air masak secukupnya pagi tu, memang perut bertahan sampai tengahari tau..

Meh nak share macam mana ESP boleh bagi rasa kenyang dan kekal bertenaga.. credit

**************************************************Antara fungsi utama ESP ia MEMBEKALKAN TENAGA berkekalan dgn protein berasaskan tumbuhan...

Apa beza makanan yg tinggi karbohidrat dan tinggi protein dlm aspek membekalkan tenaga?

### Utk makanan yg tinggi karbo (seperti gula-glucose type), ia akan terus dilepaskan dlm darah dgn cepat,shoot up then drop (kerana indeks glisemiknya tinggi,jadi energy yg dibekalkan adalah dalam tempoh singkat ###

TETAPI

****ESP yg BEST ni, glucosenya dilepas ke dlm darah sedikit demi sedikit (indeks glisemik rendah).. jadi ia mengawal paras gula dan tenaga yang dibekalkan berpanjangan..

INFO TAMBAHAN:

-Indeks glisemik (indeks glisemik atau GI) adalah ukuran kesan karbohidrat pada paras glukosa darah (atau tahap gula dalam darah) apabila makanan tertentu dimakan..

-Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang  SPECIAL  sangat yang  terkandung dalam ESP?

  • Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan serta membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak
  • Menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Mengandungi ke semua 9 jenis asid amino penting badan (yang xdapat dibuat sendiri oleh badan)
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program.
  • Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah
  • Kajian menunjukkan yang soya membantu menstabilkan hormon semasa peralihan ke monopaus.
  • TIADA perasa, pewarna tiruan, pemanis, atau bahan tambahan selainnya.
  • TIADA CAFFEINE
  • Sesuai untuk VEGETARIAN
Sumber: mamafaiz.com

**********************************************************

Amacam?? Best kan ESP ni.. Saya memang dah jatuh cinta dengan ESP ni sejak mula2 try ambik ESP. Tahun 2012. Sampai sekarang saya nasih amalkan. Tin2 ESP mmg banyak kat rumah.hahaa.. macam ane la yang dh consume bertahun-tahun, bertimbun-timbun tin tu agaknye..hihi.. eh2, kesitu pulak.

Kesimpulannya, berbaloi-baloi amalkan ESP. Percaya ke percaya??

Kalau berminat nak cuba, jangan segan-segan nk hubungi saya ye. Saya sedia membantu. :)


May 23, 2014

Pemerah pipi semulajadi...

Assalamualaikum..

Salam sejahtera. Hari ni nk cite pasal pemerah pipi semulajadi. Tak payah susah-susah nak pakai blusher. Hihi.. Dengan shaklee je. Produk ni HOT jugak tau.. Selalu je out of stock. Biasa la, Shaklee kan pentingkan KUALITI, nak restock bahan tu kene buat macam-macam kajian. Tak de cikai-cikai ni..

Sekarang berbalik pada tajuk tu, meh kita baca perkongsian pasal produk ni yang buat pipi pinky2 gitu.. hehe.

Carotomax aka strawberry shaklee. :)

*******************************************************************

hari tu saya pergi bengkel shaklee nutrisi, barulah tahu apa rahsia kanak2 cameron highland ni pipi diorang ada pink2 tanpa pakai blusher,rupanya sbb amalkan strawberry you! Tapi kan, kita susah nk dpt strawberry kan. cane nk dpt pipi pink? pakai blusher macam leceh je..huhu

xpa2, jgn risau, kita ada supplement yg seakan2 strawberry. malah lebih dari tu! ni ha, carotomax! antioksidan terbaik dari shaklee! jom baca apa sifu saya share ttg caratomax nih! :)
xpa2, jgn risau, kita ada supplement yg seakan2 strawberry. malah lebih dari tu! ni ha, carotomax! antioksidan terbaik dari shaklee! jom baca apa sifu saya share ttg caratomax nih! :)





Riuhhh!!gemparrrr!!

Shaklee carotomax mampu membuatkan pipi penggunanya berwarna merah jambu..takyah pakai blusher k..ori punya..hihi

Tau tak kenapa orang yang kat cameron tu wajahnya cantik..pink2 gitu...sebabnya diorang makan strawberi lebih kerap dari kita...haaa...strawberi ni ada contain dalam carotomax ni tau...

Eh2..nak beli dah?tunggu dulu...hihi..kita kenali dulu apa itu carotomax k...apa beza ia dengan jenama lain ye? Jom baca kisah carotomax ni ye...

Pengambilan purata karotenoid lutein, likopena dan beta karotena adalah hanya 8mg. Tapi carotomax membekalkan LEBIH 13mg karotenoid yang berfaedah ini.

Carotomax ini mengandungi keenam2 varieti karotena,diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti oksida.

Manfaat utama carotomax adalah:

1. Lebih selamat dari vitamin A. Ia akan ditukarkan kepada vit A hanya bila perlu sahaja

2. Mempertingkatkan PENGLIHATAN..ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. Ia membantu masalah RABUN MALAM, rabun dekat, mata kering, katarak, eye bags, GEGELUNG HITAM di mata, kelesuan mata, glaucoma, astigmatism...sape yang rabun malam..konsisten amik 5hari...setel insyaallah.

3. Meredakan penyakit kulit..pengambilan yang cukup akan melegakan masalah kulit seperti kulit KERING, kulit berjerawat, akne, senile plaque, psoroasis..penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies,akne, dan ulser kulit..mukaaa PINK..si merah jambuuu..hihi..tak yah pakai make up mahal2 sudahh

4. Melindungi epithelial...ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus,perut, paru2, bronkus, pundi kencing

5. Melawan KANSER dan oksidasi....pengambilan beta carotene yg kerap mampu menguatkan imun sistem...melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel2  kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru2 dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel2 mati yg teroksida...hmmm..hebatkan?

6. Menghalang infeksi...ia merangsang enzim membunuh kuman,menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru2 seperti batuk, hepatitis, asma dan selsema

7. Menggalakkan perkembangan normal dan sihat...ia mampu menguatkan tulang..melundungi rambut..gigi..gusi...
Haaa..tu diaaa....manfaat utama carotomax..tapi kan..nape kena amik yg shaklee punya? Jenama lain pon ada je beta carotene n lain2 ni...haaa..ni dia sebab nape MESTI PILIH carotomax shaklee...

Carotomax je SATU2nya produk yang mengandungi KEENAM2 jenis karotenoid...klu gi cek farmasi...satu botol unt alpha carotene..satu botol untuk beta carotene..satu botol unt lycopene..satu botol unt astaxanthin...satu botol unt lutein..satu botol unt zeaxanthin...haaa..dah 6 botol...kan2??for sure kos pon 6x ganda...kan2???tak caya? Gi laaa cek sendiri kat farmasi..hihi...tapi shaklee ni...just telan SEBIJI CAROTOMAX je setiap hari..bukan telan 6bj..kos??fullamakkk..mesti u all borong 6botol terus sbb murah giler..murah...tapi kualitiii TIPTOP!Tambah ESP...unt kesan lagi hebat dan cepat;)

Credit: my mummy
****************************************************

Wahh,, best kan? Hihi.. pinky2 la muke kite nanti, xyah susah2 nk telan strawberry hari2, telan carotomax je.. & yang penting, tak perlu naj pakai blusher2 bagai. Jimat la duit cosmetic kan? Hihu

Mau x? Cepat grab sebelum licinnnn.. :)


May 21, 2014

Shaklee Mahal?????

Assalamualaikum..

Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita. Ops, nak tahu, ramai sangat ke yang cakap produk shaklee mahal?? Sape cakap mahal, sila komen sekalii..hihi.

Sampaikan orang anggap, shaklee untuk orang loaded je.. fuhhh... dasyattt.. macam tu sekali persepsi orang kan..

Mula-mula saya pun rasa shaklee ni mahal. Duluuu laa, sebelum ade ilmu..hahaa... Tapi, lepas dah buat kira-kira.. Eh, jimat laaaa... Tak sangka pulak. Tak payah nak kuarkan duit tiap-tiap bulanm... fuhhh, lega... hihi. Bulan ni beli supplement, bulan depan boleh beli mende lain pulak sebab supplement x perlu nk beli tiap-tiap bulan (yang tertentu la). 

Contoh beli ESP, botol die besar ade 850gram. Saya ambik 1 sudu je sehari, tahan dekat 2-3 bulan jugak.. Selalu je rasa, bile nk habis ni, tak sabar nak beli yang baru..hahaaa.. tapi kene habiskan dulu laa kan..

Jom tengok kira-kira yang lagi proper. Credit

*****************************************************
Betul ke mahal sangat tu?? Bagi saya, x la... MURAH sebenarnya.  Kalau tak percaya, jom kita sama-sama kira. Terutamanya bagi anda yang sangat concern tentang harga.

Energizing Soy Protein (ESP)

1 tin ESP tahan 2 bulan (average).. Biasa 2-3 bulan
kalau diminum 3x sehari.. 2 bulan = 180 kali minum.
(1 sudu sekali bancuh)
Harga untuk 1 bulan RM75* sahaja (average)
Harga sekali minum = RM0.83 sahaja

Bandingan air kotak soya
Harga RM1.50 sekotak.
Untuk 3x minum setiap hari selama 1 bulan = RM135

Anda jimat RM60 setiap bulan.
Cuba bandingkan khasiatnya pula.. yang mana lebih baik untuk kesihatan?
Rendah gula? Non GMO?


--------------------------
Sustained Release Vitamin C 500mg

Harga 1 botol Vitamin C Shaklee RM90* (average)
180bj, untuk 6 bulan
1 bj hanya RM0.50 sen sahaja.
1 bj vitamin shaklee = 7 1/2 bj buah oren
1 Bulan hanya RM15* sahaja (average)

Bandingan buah oren
1 kilo average RM5 = 6 bj buah oren~
1 biji buah oren = RM0.83
7 1/2bj buah oren = RM6.23
1 bulan = RM186.90

 

Untuk mendapat khasiat yg sama 7 1/2 biji buah oren (500mg vitamin c sehari) anda perlu berbelanja RM6.23 sehari (dengan makan buah oren), tp dengan vitamin C shaklee hanya RM0.50* sen shj :) Jadi anda jimat RM171* ;)

Jadi apa pendapat anda?
Harga Shaklee setanding kualitinya.. Vitamin yang DIJAMIN SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI ;) 


Jangan tertipu dengan tanda harga. Teliti betul2. Kadang-kadang yang kita selalu llihat di farmasi murah, tp rupanya hanya 30 biji untuk sebulan. Rupa-rupanya juga vitamin sintetik, bukan semulajadi pun. Kan dan tertipu!!!

*******************************************************

Apa kata anda sekarang?? Anda pilih supplement yang berkualiti setanding harganya atau anda pilih yang lebih murah tapi anda kurang pasti kualitinya??

Saya mestilah pilih yang berkualiti dan setanding harganya. Sebab, saya nak elakkan badan saya telan bahan-bahan kimia / bahan sintetik. Saya nak pakai lama badan saya ni (dengan izin Allah). Saya juga sebolehnya nak elakkan asbab pengambilan supplemet, mendatangkan kemudharatan pada diri sendiri yakni menyeksa diri sendiri (maksudnye dapat penyakit tu daripada supplement yg di ambil). Nikmat sihat & sakit ni dari Allah, jadi kita mestilah berikhtiar untuk menjaga kesihatan diri kita & jauhilah perkara-perkara yang menyeksa diri kita yakni yang mendatangkan penyakit.. Jadi, anda pun mesti la buat pilihan bijak tau.. Jangan sebab nak sihat, tapi sebaliknya pulak. Nauzubillahiminzalik..

Nak tahu pasal shaklee?? Boleh hubungi saya. :)

Panduan memilih Makanan Tambahan / Vitamin

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. okey, hari ni saya nak kongsi pasal panduan memilih makanan tambahan. Ye la kan, ade ramaaaaiiiiii sangat kat luar sane yang nak sangaaaaat beli vitamin, tapi tak tahu vitamin mane yang sesuai dan tak tahu macam mane nak pilih.

Okey, jom kita study pasal panduan memilih vitamin yang sesuai. Tak kisah la brand apa pun yang anda suka, tapi biarla mengikut panduan pemilihan vitamin ni ye.. Jom kite check. Credit.

♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧


Soalan lazim:

Apa makanan tambahan yang harus saya ambil? Dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? Sila rujuk maklumat di bawah ini untuk panduan anda. Tidak memihak kepada mana2 brand. Ini hanyalah panduan asas. Info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers.

Jawapan:

1) Protein

Fungsi:

-Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. 
-Stress, kehamilan, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti. 
-Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protein pada keseluruhannya. 
-Protein berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya. 
-Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protein biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protein boleh menggantikan protein tanpa lemak. 
-la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan. 

Panduan Memilih:

Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik. 
Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protein". 
Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protein (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti). 
la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis atau perisa. 

2) Multivitamin 

Fungsi:

-Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan. 
-Menampung kekurangan diet yang kecilan. 
-Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik. la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan. Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul. 

Panduan Memilih:

-Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara. Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain. 
-Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin. 
-Manakala kalsium, fosforus dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut. 
-Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini. V

3) Vitamin C 

Fungsi:

-Meningkatkan respons imun. Stres meningkatkan keperluan vitamin C. 
-Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C. 
-Membantu penyerapan besi. 
-Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. 
-Membantu memulihkan luka. 
-Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit). 

Panduan memilih:

Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari. la harus mengandungi kompleks bioflavonoid. Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah. 


4) Alfalfa 

Fungsi:

-Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan. 
-Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli. 
-Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi. la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian dan amat kaya dalam protein. 
-Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi. 
-la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel. 

Panduan memilih:

Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya, ini akan menyusutkan kualitinya. Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang. Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai. 

5) Vitamin E 

Fungsi:

-Melengahkan penuaan sel. 
-Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
-Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. 
-Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen. Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien. 
-Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. 
-Melindung dengan menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita. Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser. 

Panduan memilih:

Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif . la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum. Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis. 

6) B-Complex 

Fungsi:

-Membantu memerangi kelesuan. 
-Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. 
-Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. 
-Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. 
-Perlu bagi saraf sihat. Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stress. 

Panduan memilih:

Dalam memilih B-kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis. Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula. la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf. Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut 

7) Lesitin/Lecithin 

Fungsi:

-Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak dari sel-sel. 
-Mengisi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. 
-Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf. 
-Boleh menurunkan kolesterol. 
-Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar. 

Panduan memilih:

Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati, namun sumber yang paling kaya, paling potensi dan paling berkesan adalah dari kacang soya. Carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin. Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara. 

8) Kalsium 

Fungsi:

-Membina tulang dan gigi yang kuat. 
-Perlu bagi pembekuan darah yang betul. 
-Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan. 
-Meningkatkan kualiti pemancaran saraf. 
-Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. 
-Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. 
-Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot. 

Panduan memilih:

Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya. la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan. 

9) Zat Besi

Fungsi:

-Membina sel-sel darah sihat. Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan. 
-Ramai wanita, dianggarkan 90 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah. 
-Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya. 
-Membantu mencegah anemia. 
-Penting bagi sistem imun anda. 
-la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. 
-Vegetarian, pelangsing badan, ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami kekurangan zat besi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu. 

Panduan Memilih:

Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus fumerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupi bagi mendorong penyerapan. 

10) Zink

Fungsi:

-Perlu bagi memulihkan luka. 
-Komponen penting bagi insulin. 
-Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas. 
-Amat penting dalam sistem imun. 
-Memelihara deria hidu dan rasa. 
-Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh. 
-Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis. 
-Memainkan peranan dalam respons stress. 

Panduan memilih:

Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat. Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink. 

11) Gentian/Fiber

Fungsi:

-Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular dan hernia hiatus. 
-Boleh membantu mencegah kanser kolon. 
-Boleh mengurangkan paras kolesterol. 
-Amat sesuai bagi pelangsing badan. 
-Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). 
-Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. 
-Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. 
-Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari. 

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian. 

12) Julap / Laksatif Herba

Fungsi:

-Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan merengsakan. 
-Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. 
-Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. 

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. Pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut. 

13) EPA/Omega 

Fungsi:

-Boleh menurunkan trigliserida. 
-Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. 
-Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung. 
-Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang berlabelkan “tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. Carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal. 

♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧
Sekarang dah tahu kan cara nak pilih makanan tambahan yang sesuai. Boleh la pilih jenama yang menepati semua panduan pemilihan vitamin ni.. Jangan tersalah pilih pulak ye. Kang membazir kalau beli tak makan..

Semestinya vitamin pilihan saya adalah Shaklee...hihihi. 

Okey, selamat study ye. Semoga bermanfaat 

Hubungi saya sekiranya berminat nak tahu lebih lanjut pasal shaklee. Sms/wasap pun boleh.. :)