July 19, 2012

Kenapa kita perlukan vitamin?

Assalamualaikum

Selamat malam semua.  Sudahkan anda mengambil vitamin untuk badan dan kesihatan anda? Mengapa badan kite perlukan vitamin? Mesti anda tertanya-tanya kan,,penting ke vitamin ni dan perlu ke nk ambik segala macam vitamin ni?  Jawapan saya adalah YA.  

Untuk pengetahuan anda semua, badan kite memerlukan vitamin untuk membantu meningkatkan ketahanan badan kita, memberi tenaga serta untuk membaiki sel-sel tisu dalam badan kite dan membuang sisa-sisa atau kotoran yang tidak diperlukan dalam badan kite.

Oleh itu, jika anda inginkan kecantikan, kesegaran serta kesihatan tubuh badan anda dalam kehidupan seharian, ada baiknya anda mengambil beberapa vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan anda seperti Vitamin C dan Vitamin E dan lain-lain vitamin yang sesuai.

Antara kebaikan Vittamin C adalah:
  • Membantu pertumbuhan yang sihat terutama dalam memperbaiki kerosakan akibat terdedah kepada radikal bebas.
  • Membantu meremajakan kulit dan melambatkan proses penuaan.
  • Untuk mendapatkan kulit putih yang sihat, selain Vitamin C anda juga bolehla mengamalkan makan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.
Antara kebaikan Vitamin E adalah:
  • Membantu mencegah berlakunya osidasi berlebihan dalam tubuh seseorang.
  • Membantu melawan radikal bebas.
  • Membantu mencegah kerosakan pada kulit seseorang yang disebabkan oleh pencemaran.
Jadi, kenapa tubuh kita perlukan Vitamin? Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama dalam kehidupan seharian kita iaitu: 
  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar.
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
  • Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.
  • Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan.
Dan sekiranya badan kita kekurangan nutrien atau vitamin, boleh menyebabkan beberapa risiko kesihatan seperti :
  • Penuaan pramatang.
  • Kelesuan.
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan.
  • Keguguran rambut.
  • Osteoporosis.
  • Kulit Bermasalah.
  • Dan sebagainya 


Oleh itu, bertindaklah segera, dapatkan vitamin yang sesuai untuk badan anda dan saya semestinya mengesyorkan anda semua untuk memilih Vitamin SHAKLEE di mana vitamin Shaklee adalah yang terbaik dalam membantu kesihatan, kecantikan serta kecergasan tubuh anda.


Sekiranya anda berminat tentang vitamin-vitamin dari shaklee ini,,jangan segan dan malu untuk bertanya saya  ye.  Anda boleh PM / SMS / EMAIL saya.  0138452094/ 0128896887/ syahidahrazali@gmail.com


No comments: