December 05, 2014

Alhamdulillah....

Assalamualaikum.

Alhamdulillah untuk nikmat rezeki hari ni yg Allah S.W.T. bagi. Nikmat mana yang kita nak dustakan. Betul ke betul? Ucap Alhamdulillah sebanyak-banyak nya. 

Hari ni saya nak cerita pasal rezeki yang Allah bagi pada saya & suami. Rezeki zuriat. 

Alhamdulillah, berkat kesabaran, doa berterusan dan yakin dengan janji Allah, Allah bagi nikmat yang sangat-sangat bermakna ni. Alhamdulillah. 

Genap setahun perkahwinan saya & suami, anniversary yang pertama pada bulan Mei2014, itu lah last period saya.. 

Bulan 6 & bulan 7 saya cek, masih negatif. Saya hanya sabar & tunggu. Risau pun ade sebab masih belum period. Dah 2 bulan. Saya hanya fikir positif, mungkin tahun ni saya puasa penuh. Alhamdulillah, saya puasa penuh pada bulan Ramadhan yang lepas. 

Apa perasaan anda, bila dah setahun kahwin, & orang asyik bertanya bila nk dapat anak? Sedih kan???? Itu bukan kuasa kita kan, nak anak, boleh dapat bila2. Saya pun alami benda yang sama. Pertanyaan demi pertanyaan. Tapi saya senyum, dan saya minta orang yang tanya saya tu doakan saya dikurniakan zuriat cepat.. Setiap kali pertanyaan tu diajukan, saya senyum dan gembirakan diri. Saya yakin Allah akan bagi, cuma cepat atau lambat. Jadi sebolehnya, teruskan  bersabar & berdoa. 

Alhamdulillah, saya dapat mak mertua yang memahami. Tidak pernah sekalipun dia tanya saya bila nak dapat anak.. Kalau orang kampung tanya, mak mertua saya cakap, belum ada rezeki lagi.. 

Saya ada bertanya pada kawan-kawan yang dah lama berkahwin, dan belum dapat zuriat. Ada yang bagitahu buat pemeriksaan di klinik & rujuk pada pakar. Saya ada berniat untk buat benda yang sama, tapi naluri asyik katakan, tunggu dulu. Kononya masa cukup setahun kahwin tu, nak jumpa doktor la kan, tanya suami, suami bagitau tunggu la dulu. Jadi saya pun tunggu lah.hehee.

Seminggu sebelum nak balik kampung beraya, saya demam. Suami bawak pergi klinik, doktor cek dan bagitahu darah rendah. Doktor tanya bila last period, saya bagitahu bulan 5. Dan dia tanya nak scan x? Saya cakap boleh jugak. Doktor scan dan bagitahu rahim saya bengkak macam nak period. Saya pun, okey lah. Tunggu je la period. Sebab tanda-tanda nak period pun ade sakit kat cik b kan? Saya fikir, mungkin nak period ni. Cik b tu memamg dah lama sakit. Seminggu lebih dah kut sebelum jumpa doktor tu. 

Tahun ni, saya raya di kampung suami kat Baling, Kedah. Petang raya ketiga, kami bertolak pulang ke Terengganu sebab esoknya ada kenduri sepupu kat terengganu. Suami biasala kan, dah syok kat kampung, malas nak balik awal-awal.hihi. belum puas lepak-lepak kat kampung katanya. Saya ni biasanya ikut je, tapi hari tu, macam emosi lebih pulak. Belum pernah sedih dan menangis bila suami cakap nk bertolak esok pagi. Saya duduk dalam bilik, menangis. Suami datang, tanya kenapa menangis, saya cakap nak balik.  Dia lap aor mata saya dan dia cakap die setuju balik petang tu. Die suruh saya kemas barang-barang. Automatik jadi happy. Haha. Pelik betul. Saya abaikan je emosi saya yang pelik tu.

Pada 3 ogos 2014, saya lepak-lepak kat rumah depan tv, pada pukul 2 lebih petang, badan jadi sejuk tiba-tiba. Terus saya masuk bilik dan selimut badan, tapi rasa sejuk tu makin mengganas.hihi. Saya telefon suami, tapi x dapat sebab hp die mati. Kehabisan nyawa. Mujur ada kawan yang inform dia bagitahu saya demam tiba-tiba. Alhamdulillah dia terus balik dan bawak saya pergi hospital. 

Masa tu pukul 5 lebih, semestinya klinik dah tutup, sebab tu terus ke emergency hospital Setiu. Suami saya bimbang denggi, sebab mase tu musim demam denggi.. Masuk jumpa doktor, soalan biasa la doktor tanya, bila last period. Dia bagitau air dalam badan kurang, banyakkan minum air. Dia tanya xde cek ke mengandung ke x. Saya cakap, bulan 6 dan bulan 7 ade cek, tapi negatif. Doktor bagi ubat dan siap pesan suruh beli pregnancy test. Rm5 je. Siap cakap harga.hahaa. Masa dalam perjalanan balik tu, pesan kat suami, berenti kat farmasi beli pregnancy test tu. 

Tadaaaaa, esoknya 4 Ogos 2014, awal-awal pagi bangun, tadah air kencing dulu. Belum test lagi sebab nak tunggu suami pergi keje dulu.hahah. takut kecewa lagi bile test, negatif.. Lepas hantar suami pergi keje, teruskan ekperimen..haha. eksperimen siap. Jeng jeng jeng, & hasilnya................

2 line teranggggg!!!

Dapat result, syukur pada Allah dan terus call suami, bagitahu naik 2 line.. Suami baru je kuar simpang rumah, xtau ekspresi muka die mcm mane, terkejut kut. Happy tu x lagi, sebab die nak saya confirmkan kat klinik. Die suruh saya siap-siap2 pergi klinik terus pagi tu. Hihi. Menurut perintah, excited pun ade sebenarnye nk tahu result dari klinik ni. 

Mujur klinik dekat je ngn rumah, 5 minit pun xsampai bawak kete. Result air kencing menunjukkan...........
positif!!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Bagitahu suami, memang betul. Positif. Suami gembira tak terkata. Siap bagi pesanan penaja. Terus buat buku merah. Nurse kira masa tu dah 12 minggu, tapi masa jumpa doktor, doktor bagitahu masa tu baru 8 minggu. So, 8 minggu baru naik 2 line. Sebelum-sebelum ni cek rasanya dah ada, tapi x nampak lagi. 

InsyaAllah, baby akan keluar pada mac 2015. InsyaAllah. 

Mintak maaf, entry ni terpanjang. Kisah awal-awal tahu diri ni mengandung. Alhamdulillah untuk nikmat yang Allah berikan.. 

Sekiranya Allah belum bagi kita rezeki anak, bersabar, berdoa & teruskan usaha. Yakin dengan janji Allah. InsyaAllah, Allah akan bagi. Lambat atau cepat, itu adalah perancangan Allah. 

Salam sayang.. 

Nur Syahidah Razali
0199877468
ID: 883791
syahidahrazali@gmail.com
COD: Setiu, Besut, Tepoh Terengganu & kawasan sekitar.
POS ke seluruh malaysia. 

Inginkan konsultasi percuma tentang masalah kesihatan dan cadangan vitamin yang sesuai, boleh hubungi saya. Saya sedia membantu. :) 

1 comment:

ezy.fia said...

tahniah!
alhamdulillah..
rezeki..

saye duk setiu jgk..
kat smk penarek..
=)