December 08, 2014

AWAS!!! Ambik set slim shaklee tapi......

Ha, jangan terpengaruh dengan iklan cepat kurus dalam masa beberapa hari. Sapu pun boleh kurus. AWAS!!

Okey, saya nak share pengalaman amalkan set slim ni. Saya dah cuba bermacam-macam produk untuk kuruskan badan. Tapi, agak mengecewakan sedikit. Berat turun, tapi masalah lain pulak yang ada. Macam, masalah penghadaman masih sama, tiada perubahan.. makin teruk dan sakit telinga makin menjadi-jadi. Saya ada share kisah pasal sakit telinga kat sini. Produk-produk yang saya amalkan kurang sesuai dengan saya atau saya yang culas makan. Saya xnak salahkan produk, mungkin diri sendiri yang x amalkan betul2. Hehee. 

Produk shaklee pertama yang saya amalkan adalah lecithin, herblax & alfalfa.. saya tertarik dengan post seorang SID ni kat FB. Jadi, saya terus buat keputusan untuk cuba shaklee. Alhamdulillah, saya berjaya turunkan berat badan.. walau pun sikit je turun, tapi saya happy, sebab masalah sembelit pun berkurang, lawas setiap hari.. sukeee.. sebelum ni, 1 minggu tu sekali atau 2 kali je buang. Seksa kan. Alhamdulillah.. 

AWAS!!! Sekiranya anda amalkan set slim, tapi masih tiada perubahan, terus nak putus asa. Jangan anggap makan sekali terus nk kurus. Set slim shaklee bukan makan terus kurus. Produk shaklee adalah semulajadi, tiada bahan tiruan, tiada bahan pengawet, dan tiada pewarna dan perasa tiruan. Tiada bahan kimia yang mampu memberi kesan dalam masa beberapa hari. Elakkan ambik set slim yang mampu bagi efek cepat ye. Jangan ingat nk kurus tapi menyeksa diri.. 

AWAS!!! Kalau dah lama amalkan set slim contohnya berbulan-bulan. Dah repeat beli yang sama tapi berat masih sama atau turun sikit je. Cuba cek bape kali sehari makan, nafsu makan macam mane? Macam saya, nafsu naga.haha. ambik set slim basic dapat perubahan pun sikit la. Ni dia set slim basic atau set slim yang saya amalkan mula-mula. 

Bile ada bajet lebih, saya ambik set slim yang up lagi.hihi. Saya cuba ambik yang ni pulak.


Cinch shake mix kesukaan saya ialah perisa CHOC. COFFEE LATTE pun sedap, tapi CHOC lebih masuk dengan saya, sebab hantu choc. Cinch shake buat perut rasa lebih kenyang. Nafsu nak mengunyah sentiasa tu dah trun ke paras serba salah nak mengunyah sebab perut kenyang. hihi. Dan buat badan lebih shape atau padat. Yang menggeleber tu dah kemas dan padat.  CINCH tea shaklee ialah tea yang best buat badan berpeluh-peluh. Xbuat exercise berat pun, kemas satu rumah pun peluh menitik-menitik macam buat larian marathon.haha. Ni apa yang saya rasa. Bukan nak overclaim. 

Berbalik pada tajuk entry ni, AWAS, AMBIK SET SLIM SHAKLEE tapi berat badan masih statik, tengok bape kalori yang anda ambik setiap hari, bape banyak exercise yang anda buat, nafsu makan anda macam mana? Sila cek. Pengambilan air banyak mana, cukup x untuk menampung pengambilan vitamin yang anda ambil. 1 lagi bagi yang dah berkahwin, kalau berat x turun, sila cek UPT. Mane tau anda hamil ke.. hihi. Macam saya....

Bulan puasa hari tu, saya amalkan set slim shaklee, sebab lepas kahwin, berat badan saya naik dengan jayanya.. Dah nak mencapai angka 8 kat depan scary woooo... Pakai baju ape pun, ketat. Lebih-lebih lagi kat bahagian lengan.. seksa tau. Mata pun sakit tengok.hahaha.. sebelum kawen angka 6 kat depan, lepas kawen naik sampai 75-77kg. Scary kan. 

Bulan puasa tu saya nekad nk amalkan set slim shaklee. Saya makan vitamin setiap hari tanpa culas, tapi turun pun x banyak. Sikit je. Tapi bukan niat puasa tu nak kurus semata-mata. Tu dah lain dah tu. Sampingan,, beribadat pun badan rasa ringan walaupun berat turun sikit je. Pegi solat teraweh pun bawak botol air. Sebab nk cukupkan minum air 2-3 liter walaupun bulan puasa. Sebelum-sebelum ni, nk minum air pun malas, apatah lagi nk bawak botol air g masjid kan.. Tapi tetap syukur. Dah nak habis puasa pun, berat sama. Sedih.. tapi tetap teruskan ambik set slim tu. X putus asa tau. Hihi. Masa raya, tau mengandung, dan berat turun ke 70kg. Maybe sebab alahan teruk. Batuk yang teruk. Alhamdulillah, turun jugak walaupun tau mengandung.hihi.. happy bile ramai tegur, kenapa badan susut ni. Sekadar senyum je la.haha. 

Rupanya berat x turun sebab mengandung. Xtau la betul ke x. Tapi tu apa yang saya andaikan la. Yang berlaku kat diri saya.hihi.. memang x miss ambik cinch shake, cinch tea, herblax, alfalfa dan omega. Alhamdulillah, nasib xde ape-ape yang berlaku. Sebab bile cek upt negatif, sebab tu terus amalkan set slim tu.. 

Alhamdulillah, tau mengandung & berat pun turun jugak. Happy sangat-sangat walaupun badan akan naik balik. Tapi rasa puas hati, penurunan yg banyak tu.hihi. InsyaAllah akan terus amalkan set slim shaklee ni masa berpantang nanti. 

Bagi anda yang amalkan set slim shaklee, jangan putus asa,, anda tau diri anda macam mana dan anda tahu badan anda macam mana. Macam saya badan jenis cepat naik dan lambat turun. So, teruskan je amalkan walaupun lambat turun. Doa minta Allah bantu jgk. Sebab kita nak kurus bukan semata-mata kurus, tapi nak sihat, supaya rajin beribadat, bila sembahyang x mengah-mengah (macam saya, kadang-kadang rasa mengah tau). Boleh duduk lama, peha x berselisih dan melecet. Banyak kebaikan kan? Bila badan ringan, kita jadi rajin, betul kan? Bile badan berat, penyakit malas akan bermaharajalela sebab susah nak bangun, kurang bergerak, lemak pun segan nak hilang kan? AWAS TAU!!!!

Sihat untuk diri sendiri, tanggungjawab diri sendiri. Elakkan menyeksa badan. Usaha sehingga kesihatan anda memberi kepuasan dan menguntungkan diri anda.. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda. :)

Salam sayang..

Nur Syahidah Razali
0199877468
ID: 883791
COD: Setiu & Besut, Terengganu serta kawasan sekitar.
POS: ke seluruh Malaysia. 


No comments: