January 28, 2013

B-COMPLEX

Assalamualaikum,,

Hai semua, sekarang saya nk share tentang kelebihan Vitamin B-COMPLEX pulak.

Ni la botol B-COMPLEX, nampakkan yg warne kuning tu? Tu la die vitamin nye, comelkan?hihihh

Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B kompleks.

Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain tiu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).


Sumber: SGL

Bagi anda yang mempunyai masalah-masalah lesu, cepat marah, moody, migrain dan sewaktu dengannya, Vitamin B-COMPLEX ni mampu membantu anda mengurangkan mengatasi masalah tersebut.

Bagi saya, selepas amalkan vitamin B-COMPLEX ni, ianya amat membantu saya dalam pengawalan tahap emosi saya.  Lau anda nk tahu, saya ni orang yang jenis cepat marah, melenting dan memberontak,,hihhi,,terbongkar rahsia plak,, kat rumah je la,,lau kat luar sye try cool down. Tetapi lepas consume B-COMPLEX ni memang berbeza, sifat cepat marah tu dh kurang dan maybe dh x ade sifat tu lam diri saye.  Sekarang pengawalan emosi saya lebih terkawal, saya lebih tenang dan tidak ikut mood semata2. 

Sekarang, ni maybe faktor usia jugak, buat saya lebih matang dan pengawalan emosi yang betul dapat mengawal tahap kemarahan dan mood yang swing tu..  Thanks Shaklee :) 

Being a cool, patience and stress free is a big achievement for me!!   

Thanks for reading :) 

No comments: