January 07, 2013

Perut Buncit??

Assalamualaikum,,,

Pagi ni nak share tentang masalah perut buncit.  Saya rasa ramai orang ade masalh ni kan? Lelaki mahupun wanita seringkali terganggu dengan masalah ni,,ye la,,ade yg slim 'melim' tapi tang perut xleh nk cover,..hihihi.. Masalah jgk kan,,dh kurus dh tpi perut buncit.. nape eh gtu?

Source: Google

Ape sebab-sebab terjadinya perut buncit ye? Jom kite tgok list-list permasalahan ni yang sering mengganggu semua org,,hihihi

1) KETURUNAN
  • Faktor keturunan memang sukar untuk dihilangkan. Pada wanita biasanya menyebabkan pengumpulan lemak pada perut, namun hal ini boleh di atasi melalui latihan AEROBIK & OLAHRAGA memantapkan otot & Mengurangi lemak perut.
2) PENUAAN
  • Dengan bertambahnya umur, produksi HORMON DEHYDROEPIANDROSTERONE (DHEA) mulai menurun.  Kajian dari Harvard Women's Health Watch mendapati ada hubung kait penurunan hormon ini dengan peningkatan akumulasi lemak di perut.
3) ALKOHOL
  • Gula & Alkohol, terutama yang terkandung di dalamnya akan membuat otot kita kendur.  Alkohol sangat berbahaya bagi tubuh kerana alkohol mengandungi kalori tinggi = jumlah kalori pada makanan berlemak.
4) TEMBAKAU
  • Tembakau dapat merosak kerja pencernaan.  Jika anda merokok setelah makan, anda pasti akan merasa kembung setelahnya.  Berhentilah merokok dan anda akan mendapatkan manfaat lebih dari sekadar penurunan berat badan.
5) STRESS
  • Stress boleh menganggu kerja tubuh & pencernaan.  Stress juga dapat membuat anda merasa kenyang dan menimbulkan masalah pada kemampuan tubuh dalam menyimpan lemak menyebabkan perut anda akan dilihat lebih mengembang.  Wanita yang lebih stress cenderung memiliki lemak perut berlebihan meskipun ia tidak kelebihan berat badan. (Dah terjawabkan soalan sye kt atas tdi tu,,huehue).  Untuk mengatasi stress n lemak xberkumpul di perut adalah dengan menjadi lebih relaks dan bernafas secara perlahan dan dalam.
6) PERUBAHAN HORMON
  • Perubahan hormon yang terkait dengan menopouse menjadi penyebab umum lemak berlebihan di perut.  Menopouse menyebabkan penurunan dalam produksi hormon seks estrogen yang mengarah kepada peningkatan lemak perut.
7) MAKAN CEPAT SAJI
  • Makanan segera memang mengandungi jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi. Ia sekali gus menyumbang pada masalah perut buncit.
8) TIDUR SELEPAS MAKAN
  • Hindari tidur selepas makan.  Ia akan menyebabkan proses pencernaan di usus tidak dapat bekerja dengan baik dan akibatnya perut menjadi buncit.
9) SUSU
  • Susu sebenarnya baik untuk kesihatan, tetapi bila mengambil susu tinggi kalori akibatnya boleh membuat perut anda buncit.  Oleh itu ganti susu anda dengan susu rendah kalori.
10) GULA-GULA GETAH
  • Udara yang anda hirup saat mengunyah gula-gula getah menyebabkan perut kembung.  Agar perut kekal langsing, pastikan anda tidak mengunyahnya sepanjang hari. 
Credit: Majalah Mingguan Wanita

Bagi sape-sape yang mempunyai masalah perut buncit, anda dalam kategori yang mana? saya rasa saya dalam kategori keturunan kut,,hihihi..

Okey lah, itu je dulu entry kali ni,, 
Thanks kerana membaca.


No comments: