January 28, 2013

Lecithin

Assalamualaikum

Ini namanya LECITHIN.

Hari ni sya nk kongsi info tentang vitamin di atas tu..

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Sumber: SGL

Haaaa,,, teruja x dengan kelebihan dan kepentingan LECITHIN tu?  Lau xpercaya, bleh try makan dan anda rasai sendiri perubahan pada diri anda.

Saya suka makan lecithin, selain membantu untuk pengurusan berat badan, Lecithin juga membantu menguatkan daya ingatan saya.  Sebelum ni, lau letak barang-barang terus xingat letak kat mana, sekarang ni, lau xingat, saya akan fikir sekejap, fokus dan cuba ingat tempat last letak barang tu n terus jumpa barang yg di cari.  Ini bukan rekaan semata-mata ye, ni betul-betul punye cerita.  Orang lain sy xtau la,, saye perasan diri saya bila xingat tempat letak barang-barang saya.


Sebelum-sebelum ni pun saya pernah buat cara macam tu tapi end up x jumpe pun barang dan 2 3 hari baru lah jumpe..  Tapi lepas ambil lecithin, xingat tempat letak pun, 1 hari bleh jmpe balik barang yg di cari tu.. Daya menigingat lebih kuat dari sebelum ni,, x caye, cube lah ye :) xnak la cite lebih2, cube sndiri la ye :) 

Thanks :) 

No comments: