January 11, 2013

Hemoglobin

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.  Bajet ramai pembaca je kan,,hihihi,, never mind.. Hari ni saya nk share tentang Hemoglobin.  Saya bukan  tahu sangat tentang ni n saya xtau pun ape tu hemoglobin sebelum saya membaca tentangnya.  Kawan-kawan yang pregnant asyik sebut HB low la, baru saya tahu HB tu Hemoglobin,hihihi,, Saya rasa info ni berguna untuk ibu-ibu hamil di luar sana. Info tentang hemoglobin ni saya ambil dari majalah. :)  Sila baca ye.


Sesetengah Wanita seringkali menghadapi pelbagai masalah kesihatan yang membimbangkan dan sukar diatasi bermula sejak awal perkahwinan hinggalah selepas melahirkan anak.  Masalah yang sering membelenggu mereka ditangani dengan rasa kebimbangan kerana faktor kesibukan dan rasa rendah diri.  Hemoglobin, penyakit yang sering menghantui wanita yang melahirkan anak ini dikupas lebih lanjut kepada yang pakar  untuk memberi pengetahuan kesihatan agar sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MASALAH HEMOGLOBIN RENDAH (HB LOW) DI KALANGAN IBU MENGANDUNG?

- Hemoglobin (HB) adalah sejenis protein yang terkandung di dalam sel darah merah kita.  FUNGSINYA adalah untuk menghantar oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.  Semasa hamil, tubuh perlu menghasilkan lebih banyak sel darah merah & Hemoglobin ini untuk MENAMPUNG PERTUMBUHAN bayi.  KEKURANGAN HB  boleh terjadi jika diet ibu hamil itu kurang ZAT BESI (iron), ASID FOLIK dan/atau VITAMIN B12.  Keadaan ini degelar 'ANEMIA in PREGNANCY'.

APAKAH RISIKO YANG AKAN DIHADAPI OLEH WANITA HAMIL SEKIRANYA DIA DIDAPATI MENGHIDAP MASALAH HEMOGLOBIN RENDAH (HB LOW)?

- Bagi ibu hamil yang kurang HB adalah berisiko untuk melahirkan anak AWAL & KURANG BERAT BADANNYA ( Pretem/low birth weight baby) & jika Anemia ini disebabkan oleh KEKURANGAN Asid Folik atau Vitamin B12, Bayi yang bakal lahir mungkin ada KECACATAN pada bahagian otak & Saraf tunjang ( neural birth defect)

APAKAH MASALAH INI AKAN BERLARUTAN SELEPAS KEHAMILAN DAN BAGAIMANA CARA MENANGANINYA?

- Jika HB rendah itu disebabkan PEMAKANAN, ia akan berlarutan jika si ibu pantang pada makanan yang KAYA ZAT BESI, ASID FOLIK, dan VITAMIN B12 ataupun terus menghentikan suplemen yang dimakan semasa hamil.  Masalah ini juga boleh berlarutan jika puncanya adalah "THALLASEMIA MINOR" kerana ini adalah PENYAKIT KETURUNAN.  Ibu yang baru melahirkan harus terus MEMAKAN makan seimbang, JANGAN BERPANTANG dan TERUS MENGAMBIL SUPLEMEN untuk beberapa bulan selepas MELAHIRKAN.  Bagi mereka yang ada THALLASEMIA MINOR, ujian darah berkala mesti dilakukan.  Jika darah haid BANYAK daripada biasa, sila berjumpa pakar sakit puan untuk rawatan.  Mereka yang banyak darah haidnya juga akan mendapat manfaat jika memakan suplemen ZAT BESI, ASID FOLIK, & VITAMIN B12.

APAKAH TANDA / SIMPTOM AWAL PENYAKIT INI & BAGAIMANA JIKA TERLEWAT UNTUK MENGESANNYA?

- Simptom-simptom anemia adalah:
  • Pucat
  • Sentiasa Letih
  • Senang Pitam
  • Berdebar-debar
Biasanya ujian darah untuk tahap HB akan dilakukan sebaik sahaja ibu mengandung.  Masalah ini biasanya DIKESAN AWAL & BOLEH DIRAWAT dengan SUPLEMEN ZAT BESI / ASID FOLIK dan VITAMIN B12.  Jika HB terlalu rendah, suntikan ZAT BESI boleh diberikan.  Bagi mereka yang ada masalah ini, ujian HB akan dilakukan lebih kerap.  Jika HB masih rendah walaupun ibu mengambil SUPLEMEN, ujian darah lanjut akan dibuat.  Salah satu PUNCANYA adalah penyakit THALLASEMIA MINOR.  Pesakit ini berkemungkinan besar memerlukan trransfusi darah dari semasa ke semasa supaya KANDUNGAN TIDAK TERJEJAS.  Jika anemia TIDAk dirawat, si ibu mungkin mengalami masalah LEMAH JANTUNG.  Bayi yang LAHIR mungkin CACAT bahagian SARAF TUNJANG & LAHIR AWAL dengan BERAT BADAN yang RENDAH. Ini akan menimbulkan banyak komplikasi dari segi pernafasan & sebagainya.

BENARKAH PENGAMBILAN ZAT BESI DAN ASID FOLIK YANG CUKUP JUGA MASIH BOLEH TERKENA MASALAH HEMOGLOBIN RENDAH? 

- Ya jika HB rendah ini disebabkan oleh masalah lain seperti THALLASEMIA MINOR.

APAKAH PERKARA YANG HARUS DIELAKKAN UNTUK IBU MENGANDUNG, MISLANYA DARI SEGI PEMAKANAN/ PENJAGAAN KESIHATAN DARI TERKENA MASALAH INI?

- Ibu mengandung HARUS MEMAKAN semua jenis MAKANAN, jangan BERPANTANG.  Makanan yang KAYA ZAT BESI, ASID FOLIK & VITAMIN B12 adalah DAGING MERAH, TELUR, ORGAN seperti  HATI & SAYURAN BERWARNA HIJAU GELAP seperti BROKOLI & BAYAM. Si ibu juga mesti RAJIN MEMAKAN SUPLEMEN yang disyorkan oleh doktor SETIAP HARI.

Itulah sedikiti sebanyak info dan kupasan tentang HEMOGLOBIN Khas untuk BAKAL IBU yang saya ambil daripada MAJALAH PESONA PENGANTIN.  Diharap info yang sedikit ini dapat membantu dan memberi anda pengetahun  tentang HEMOGLOBIN ini.  

Sekian perkongsian ilmu dari saya hari ni. Terima Kasih kerana sudi baca :)

No comments: