May 21, 2014

Panduan memilih Makanan Tambahan / Vitamin

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. okey, hari ni saya nak kongsi pasal panduan memilih makanan tambahan. Ye la kan, ade ramaaaaiiiiii sangat kat luar sane yang nak sangaaaaat beli vitamin, tapi tak tahu vitamin mane yang sesuai dan tak tahu macam mane nak pilih.

Okey, jom kita study pasal panduan memilih vitamin yang sesuai. Tak kisah la brand apa pun yang anda suka, tapi biarla mengikut panduan pemilihan vitamin ni ye.. Jom kite check. Credit.

♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧


Soalan lazim:

Apa makanan tambahan yang harus saya ambil? Dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? Sila rujuk maklumat di bawah ini untuk panduan anda. Tidak memihak kepada mana2 brand. Ini hanyalah panduan asas. Info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers.

Jawapan:

1) Protein

Fungsi:

-Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. 
-Stress, kehamilan, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti. 
-Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protein pada keseluruhannya. 
-Protein berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya. 
-Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protein biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protein boleh menggantikan protein tanpa lemak. 
-la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan. 

Panduan Memilih:

Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik. 
Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protein". 
Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protein (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti). 
la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis atau perisa. 

2) Multivitamin 

Fungsi:

-Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan. 
-Menampung kekurangan diet yang kecilan. 
-Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik. la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan. Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul. 

Panduan Memilih:

-Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara. Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain. 
-Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin. 
-Manakala kalsium, fosforus dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut. 
-Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini. V

3) Vitamin C 

Fungsi:

-Meningkatkan respons imun. Stres meningkatkan keperluan vitamin C. 
-Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C. 
-Membantu penyerapan besi. 
-Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. 
-Membantu memulihkan luka. 
-Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit). 

Panduan memilih:

Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari. la harus mengandungi kompleks bioflavonoid. Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah. 


4) Alfalfa 

Fungsi:

-Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan. 
-Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli. 
-Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi. la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian dan amat kaya dalam protein. 
-Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi. 
-la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel. 

Panduan memilih:

Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya, ini akan menyusutkan kualitinya. Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang. Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai. 

5) Vitamin E 

Fungsi:

-Melengahkan penuaan sel. 
-Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
-Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. 
-Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen. Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien. 
-Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. 
-Melindung dengan menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita. Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser. 

Panduan memilih:

Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif . la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum. Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis. 

6) B-Complex 

Fungsi:

-Membantu memerangi kelesuan. 
-Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. 
-Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. 
-Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. 
-Perlu bagi saraf sihat. Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stress. 

Panduan memilih:

Dalam memilih B-kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis. Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula. la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf. Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut 

7) Lesitin/Lecithin 

Fungsi:

-Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak dari sel-sel. 
-Mengisi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. 
-Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf. 
-Boleh menurunkan kolesterol. 
-Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar. 

Panduan memilih:

Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati, namun sumber yang paling kaya, paling potensi dan paling berkesan adalah dari kacang soya. Carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin. Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara. 

8) Kalsium 

Fungsi:

-Membina tulang dan gigi yang kuat. 
-Perlu bagi pembekuan darah yang betul. 
-Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan. 
-Meningkatkan kualiti pemancaran saraf. 
-Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. 
-Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. 
-Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot. 

Panduan memilih:

Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya. la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan. 

9) Zat Besi

Fungsi:

-Membina sel-sel darah sihat. Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan. 
-Ramai wanita, dianggarkan 90 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah. 
-Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya. 
-Membantu mencegah anemia. 
-Penting bagi sistem imun anda. 
-la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. 
-Vegetarian, pelangsing badan, ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami kekurangan zat besi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu. 

Panduan Memilih:

Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus fumerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupi bagi mendorong penyerapan. 

10) Zink

Fungsi:

-Perlu bagi memulihkan luka. 
-Komponen penting bagi insulin. 
-Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas. 
-Amat penting dalam sistem imun. 
-Memelihara deria hidu dan rasa. 
-Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh. 
-Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis. 
-Memainkan peranan dalam respons stress. 

Panduan memilih:

Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat. Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink. 

11) Gentian/Fiber

Fungsi:

-Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular dan hernia hiatus. 
-Boleh membantu mencegah kanser kolon. 
-Boleh mengurangkan paras kolesterol. 
-Amat sesuai bagi pelangsing badan. 
-Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). 
-Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. 
-Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. 
-Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari. 

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian. 

12) Julap / Laksatif Herba

Fungsi:

-Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan merengsakan. 
-Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. 
-Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. 

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. Pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut. 

13) EPA/Omega 

Fungsi:

-Boleh menurunkan trigliserida. 
-Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. 
-Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung. 
-Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang berlabelkan “tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. Carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal. 

♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧
Sekarang dah tahu kan cara nak pilih makanan tambahan yang sesuai. Boleh la pilih jenama yang menepati semua panduan pemilihan vitamin ni.. Jangan tersalah pilih pulak ye. Kang membazir kalau beli tak makan..

Semestinya vitamin pilihan saya adalah Shaklee...hihihi. 

Okey, selamat study ye. Semoga bermanfaat 

Hubungi saya sekiranya berminat nak tahu lebih lanjut pasal shaklee. Sms/wasap pun boleh.. :)

No comments: