May 18, 2014

Alahan / Morning Sickness ketika Hamil

Assalamualaikum.

Selamat pagi.. Ibu2 hamil mesti pernah mengalami situasi alahan semasa di awal2 kehamilan. Ade yg berlarutan sampai berbulan-bulan lamenye. Makan sikit, buang balik, tak boleh bau tu, bau ni, bile bau je, rasa loya. Kenapa ye?? 

Sumber: pakcik gugel


Jom, kita study pasal masalah ni..

Morning Sickness bukan sahaja boleh mengganggu keharmonian kehidupan seorang wanita hamil, tetapi ia boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan anak yang dikandungnya. Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas , tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan. 

Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. 


Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan , tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Sekiranya menghadapi masalah ini, perkara pertama yg penting adalah berjumpa dengan doktor dengan segera. Manalah tahu kalau ada simptom penyakit lain yang ada pada diri kita.


Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh. 


Fuh, memang mencabar kan apabila ibu2 hamil yang mengalami alahan.. Hanya mampu bersabar dan cari lah alternatif lain untuk mengurangkan masalah alahan ni. Jangan biarkan berlarutan sampai ibu-ibu semua tak ade tenaga & tak dapat salurkan nutrisi yang baik untuk bayi dalam kandungan disebabkan alahan. Rujuk dengan doktor sekiranya masalah ini berlarutan dalam masa yang lama.. 

Fikirkan saat-saat indah semasa kehamilan, dan tetapkan minda untuk bagi yang terbaik untuk bayi anda.. InsyaAllah, ibu-ibu hamil pasti mampu lakukan yang terbaik demi anugerah dari Allah tu. 

Semoga bermanfaat.

Syidahnur ~ 0199877468

No comments: